Tuesday, 7 February 2017

Top 10 the best of Malaysia vcd Telemovie

Anda ada koleksi vcd telemovie tempatan. Apa telemovie kegemaran anda. Ini dia top ten best  of Malaysia vcd Telemovie

10-Boboy the movie

Telemovie seperti NSR. Suria ada New Boyz, Nsr ada Boboy. Selepas kecewa dengan telemovie New Boyz pasal dorang dalam telemovie Pulau ntah apa apa tu, beralih pula Boboy. Kisah brotherhood yang diselitkan dengan cinta. Scene last tu padu, sedih pun ado.

9-Demi (2002)


Telemovie terbitan FMC. FMC terjun ke bidang penghasilan telemovie seperti label label music yang lain seperti Suria, Life, Warner dan lain lain lagi. Demi menampilkan artis FMC iaitu Arwah Achik dan kawan kawanya dari band Spin selain menampilkan tiga adik beradik Ngasri (aku malas nak tulis sebenarnya-ed). Kisah cinta yang akhirnya terjadi kes pembunuhan. Achik dituduh membunuh kekasihnya. Telemovie ini membuktikan Arwah Achik juga mampu berlakon sehingga ditawarkan untuk filem Diara Romeo. (Dan arwah menang pelakon harapan FFM)

8-Champion



Antra lakonan terawal Saiful Apek dalam bentuk Telemovie. Laknan Apek, Raja Azura, Norlia Ghani dan ramai lagi. Pasal kehidupan So od yang tahu main Snooker.  Sebut pasal Saiful Apek, pernah terjadi satu kes yang melibatkan saiful Apek dan pihak produksi. Ini berlaku ketika shooting telemovie Kisah Hero yang terlampau, Apek ada di awal scene namun scene seterusnya dah tukar muka. Ini disebabkan Saiful Apek tidak berpuas hati kerjayaan membuat stunt membahaya dan cedera.

7-Ampunkan Dosaku (2003)

Telemovie arahan Silver Chung. Kisah sedih lagi memilukan dijayakan dengan hebat oleh Fauziah Nawi. Kisah pasal Seorang Ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami dan membesarkan tiga orang anaknya dengan menjadi Jelacur. Lebih malang pekerjaannya diketahui oleh anak anaknya sehingga mereka berdendam sampai ke tua. Lakonan mantap Fauziah Nawi ni memang tahap terbaik, sampai boleh masuk top Ten.

6-Kem 505

Juga dari Silver Chung. Kisah percutian pelajar ke kem apa ntah. Tetiba bas rosak. Terpaksa berkem di hutan. Ada plak kejadian bunuh membunuh. Ada antara mereka yang menjadi pembunuh. Rasanya scene last tu macam berlawanan dengan scene last Block 404 (you know what I mean).

5-Momok

Yeah siri Momok arah M. Jamil. Kompilasi kisah kisah seram. Diteruskan ke Momok 2, 3, momok the movie sampailah Momok jangan cari Pasal. Kalau korang dah layan semua, memang lejen tul.

4-Kelibat

Telemovie arahan pengarah terbaik Malaysia, Afdlin Shauki. Dia pun ada berlakon dalam filem ni. Selain beliau, turun belakon Riezman Khuzaimi, Jeslina Hashim, Patrick Teoh dan beberapa pelakon lain yang familiar dalam filem Afdlin. Kisah penyiasatan kes misteri di hotel oleh dua pembikin filem. Kelibat masih mempunya sentuhan old Afdlin Shauki, bukan seperti Ponti vs Om atau Berani punya budak. Vcd Telemovie yang cukup layan.

3-Keris emas

Telemovie arahan Opie Zami. Cukup seram dan ada elemen gore. Antara telemovie seram yang cukup menyeramkan. Lakonan mantap arwah M RaJoli, Maimunah Ahmad(Iron Maiden), arwah Bob KU2 dan lain lain.

2-Blok 404

Telemovie legend, lagi arahan Silver Chung. Kisah pelajar kolej yang tinggal di hostel yang menyeramkan. Ada scene kena kacau tepi kantil yang menyeram. Lagi sadis ada plak kes pembunuhan berlaku. Telemovie ini memperkenalkan beberapa bintang baru seperti Nabila Huda, Dr Dato Boy Iman, zamrul Hisyam dan Raja Azriel. Rasanya scene last tu macam berlawanan dengan scene last Kem 505 (you know what I mean).
Sebelum ke no 1, kita tengok senarai Telemovie vcd yang juga menarik!

Laman Maut

Volkwagen Kuning

Histeria

Perempuan, Pontianak dan Dot Dot

Pendekar

Gosok

Hancur (Jamban 606)

....

1-Aku kaya(2002)


Jualan VCD melebihi 100000. Full stop!

Anda setuju dengan senarai ini? Ada yang lebih bagus? Kemukakan komen anda di ruang komen di bawah.




No comments:

Post a Comment