Friday, 3 February 2017

Sepuluh solo/Tag team/trio terburuk Maharaja lawak/mega

Anda suka maharaja Lawak Mega? Ada peserta yang anda tak suka? Ini dia Sepuluh solo/Tag team/trio terburuk Maharaja lawak/Mega

10-Syok (syok suhaimi ifa raziah arif sudin) Maharaja lawak mega


Group ini hanya Suhaimi saja yang Nampak lawak sikit. Arif Sudin biasa, Ifa Raziah buat menyemak saja. memang kena dengan namanya, Syok sendiri. Wakil Malaysia campur Singapore. Ada semangat Asean for Asean tu.

9-Lanun Maharaja Lawak Mega


Tak pasti siapa mereka walaupun orang Malaysia. Tak lawak langsung.

8-WAI (wan acho dan Idlan) maharaja Lawak

Bila Juara dan naik juara Raja lawak musim keempat bergabung, ingatkan makin padu, rupanya hancur. Nampak jelas mereka tak serasi. Antara juara Raja lawak yang balik awal bersama tag team Xn3.

7- Rap (Rama, Pak Lah cecupak, Aziz Kota) Maharaja Lawak Mega

Pelawak otai tapi tak berapa nak familiar sangat. Sekadar pelengkap sahaja.

6-Kevin Jay, Maharaja lawak Mega 2016

Perserta Solo dari Komediri. Repeat lawak dari Komediri dan buat lawak hambar. No wonder tersingkir awal.

5-Dadidu (Ar Badul, Arif Sudin, sorang lagi tak kenal) maharaja lawak mega 2012

Kumpulan dari Singapore. Rasa kesian plak tengok dorang ni pasal dah otai tapi tak lawak pun. Ar Badul ni ada belakon dalam sitcom sebelum Maharaja lawak mega dengan geng Sepah. Tapi bila tengok dadidu ni memang mengecewakan. Aksi Ar Badul pakai rambut palsu, spek ada misai sambil nyanyi lagu dikocok kocok akan dikenang sebagai aksi memalukan

4-Adlin Aman Ramli, Maharaja Lawak Mega

Terkenal sebagai pengkritik yang lantang ketika era AF, Adlin buat kali pertama muncul sebagai peserta. Awalnya ada prestasi tapi lama lama hambar. Hanya peristiwa perang mulut Adlin dan Chef Wan yang orang tau. Lawak beliau sebagai cheerleader naik basikal bolehlah dipanggi sebagai mimpi ngeri

3-Caer (Adeteo Mister Ibo dan Lugiana) Maharaja lawak Mega


Tidak pasti siapa mereka ni. Berasal dari Indonesia. Bila tnya beberapa orang Indonesia, ramai yang tak tahu. Apa yang pasti kumpulan ini tak lawak langsung. Mungkin sekadar pelengkap kumpulan dari Indonesia.

2- Awok (Ain, Filzah dan Ayie Polis Evo) Maharaja lawak mega 2016

Bila dah kumpulan tak lawak, adakah dengan kemasukan sorang lagi ahli akan menambah mutu Awok? Tidak! Kumpulan ini memang buat menyemak dalam Maharaja Lawak Mega serta membuat orang menyampah. Bila mereka membuat persembahan, maka bolehlah pergi ke tandas atau buat aktiviti lain.

1-Gebu ( Hani Azian) maharajalawak mega pertama


Kumpulan dari Singapore dan antara tag team yang paling tak kelakar. Paling tak boleh diterima membahan penonton yang mengkritik mereka dan mempersoalkan melayu kurang di Singapore. Bila mereka menyanyi….adalah antara moment paling teruk maharaja lawak Mega. No wonder Chef Wan kutuk kaw kaw.

Anda setuju dengan senarai ini? ada lagi yang lagi teruk? Tinggalkan komen di bawah.

No comments:

Post a Comment