Saturday, 4 February 2017

10 Filem terbaik Kumpulan Senario

Anda peminat Senario? Suka dengan filem filem mereka? Ini dia senarai filem filem terbaik Senario

10-Senario the Movie EP 2: Beach Boy (2009)

Pengarah: Ahmad Idham

Pelakon: Maria Farida, Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Mek Salam Pantai Timur, Marsha

Filem kedua Senario dengan Ahmad Idham dan MIG. Sambungan Senario The movie Ep 1. Bagaimanapun file mini kurang menyengat berbanding EP 1. Bagaimanapun ada Maria Farida.

9-Senario Asam Garam (2010)

Pengarah: Hatta Azad Khan

Pelakon: Azlee, Mazlan, Zaibo, Julia Hana

Filem ketiga Senario MIG, Kali ini diarahkan oleh Hatta Azad Khan yang pernah mengarah sitcom Pi mai Pi Mai Tangtu. Kali ini hanya dua anggota asal Senario, Azlee dan Mazlan. Dikatakan Wahid ada komitmen dan digantikan dengan zaibo. Memang rasa janggal bila hanya dua sahaja ahli Senario dalam filem Senario. Harap harap tiada nanti filem Senario sorang ahli je.

8-Senario Ops pocot (2011)

Pengarah Ismail Bob Hasim

Pelakon:Senario (Wahid, Azlee, Mazlan), Diana Amir, Arwah Os)

Wahid kembali dalam team scenario seleps tiada dalam Asam Garam. Filem ini adalah filem terakhir Senario dan MIG. Kisah pasal nak jadi pasukan Rela. Macam ada propangada suruh rakyat join Rela je.
7- Senario Lang Buana (2004)

Pengarah: Mamat Khalid

Pelakon: Senario, Syamsul Ngauw ngauw

Filem Pertama Senario bersama pengarah lain selepas selesa dengan Aziz m Osman di tiga filem pertama. Tambahan lagi inilah filem terakhir Apek sebagai ahli scenario kerana ingin bergerak secara solo. Seperti tagline di poster, sebuah filem komedi…  serius ya amat, Filem ini kurang komedi. Sebuah filem epic purbawara, ada sedikit pengaruh filem Thai. Filem debut pertama Mamat Khalid yang seterusnya Berjaya mengarah filem padu.

6-Senario The movie Ep 1

Pengarah: Ahmad Idham

Pelakon: scenario, Drifter Fauziah Nawi

Filem pertama Senario di bawah produksi MIG, serta filem pertama Senario bersama pengarah Ahmad Idham. Ini adalah reboot kembali series Senario dengan menggunakan Episode 1. Senario kali ini meneruskan tradisi bertiga sahaja iaitu wahid, Azlee dan Mazlan seperti filem Pemburu Emas yamashita. Bagaimanapun filem ini tidak mengecewakan dan masih mengekalkan identity Senario. Kisah suka duka Senario sebelum menjadi Senario!

5- Senario xx (2005)

Pengarah Aziz m Osman

Pelakon Senario (Wahid,Mazlan,Azlee), Fazura,  Saiful Apek, Yassin.

ziz M Osman kembali mengarah filem Senario.  Senario xx menghimpulkan kembali ahli Senaria era glory (Wahid, Mazlan, Azlee, Saiful Apek, Yassin). Ada elemen science fiction dan mengundang kontroversi hubungan cinta antara manusia dan alien. Pemilihan Fazura agak Padu. File mini ditentang hebat dengan Filem Star Wars ep 3 dalam carta box office Malaysia, juga filem kegemaran Aziz m Osman

                    4-Senario Pemburu emas yamashita (2006)

Pengarah Aziz m Osman

Pelakon: Senario , Nora Danish, Que Haidar

Filem terakhir Senario bersama Aziz m. Osman dan Grand Brilliance. Begitu Malang kerana filem ini hanya mendapat kutipan rm1juta sahaja. Bagaimanapun filem ini masih menghiburkan. Que Haidar seperti ahli Senario yang baru.
3-Senario Lagi

Pengarah Aziz m Osman

Pelakon: Senario (Wahid, Azlee, Mazlan, yassin, Saiful Apek), Umie Aida, Syanie

Filem Kedua Senario Selepas kejayaan Senario The movie. Kali ini Yassin berlakon di dalam filem ini selepas diofficialkan sebagi ahli baru scenario. Filem road pengambaraan yang begitu menghiburkan. Penuh dengan lawak yang boleh buat korang pecah perut. Kejayaan Senario Lagi menyebabkan
2- Lagi Lagi Senario
Pengarah Aziz m Osman

Pelakon: Senario (Wahid, Azlee, Mazlan, yassin, Saiful Apek), Wadinah

Antara filem terbaik Senario. Semua ahli Senario era glory ada (Wahid, Azlee, Mazlan, yassin, Saiful Apek). Malahan filem ini mencatatkan kutipan tertinggi filem Malaysia sebelum dikacau oleh Jangan Pandang Belakang. Filem wajib waktu raya dan tidak membosankan. Yang penting semua orang boleh tonton filem ini.
1-Senario The movie

Pengarah Aziz m Osman

Pelakon: Senario (Wahid, Azlee, Mazlan, Saiful Apek), Ar Badul, Syamsul Gauw Gauw, Syanie

Filem sulung Senario selepas kejayaan sitcom Senario. Sesiapa peminat scenario mesti setuju bahawa inilah filem terbaik Senario. Cukup kuat impaknya dan menjadi petanda aras bahawa pelawak pun boleh menjadi superstar di Malaysia. Mendapat kutipan sekitar RM 4.58 dan kira besar buat tahun 1999/2000 serta ditayangkan di Kelantan 9Pasal aku tengok dekat pawagam di Kelantan).


Anda setuju dengan senarai ini? Apakah filem Senario kegemaran anda? Sila tinggal komen di ruangan komen. 


No comments:

Post a Comment