Thursday, 2 February 2017

10 filem terbaik keluaran MIG

Anda tidak suka filem-filem keluaran MIG? Sering dimomokan dengan filem keluaran MIG adalah teruk. Kali ini jom tengok 10 pilihan filem terbaik filem keluaran MIG.

10-Suatu masa dahulu cinta (2013)

Pengarah: Hashim Rejab

Pelakon: Niezam Zaidi, Intan Ladyana, Wawa Zainal, Zalif Sidek

Key of success is Nostalgia. File mini memainkan elemen nostalgia persekolahan era 90an! Mengisahkan Zainal (Pierre Andre) yang mengalami kauseling sebab ada masalah perkhawinan. Dia terimbas kembali kenangan sekolah dia dulu (versi Zainal pula lakonan Niezam Zaidi). Ramai yang dah lupa dan tak tahu pasal filem ni. Namun filem ini masih berbaloi untuk ditonton. Siap ada twist lagi :D

9-Sniper: Nyawa atau nyawa (2014)

Pengarah: Pierre Andre

Pelakon: Fadlan Hazim, Mikael Andre, Pablo Amirul

Filem aksi arahan Pierre Andre. Sebenarnya filem ni boleh lagi hebat citer banyak watak yang menyertai permainan gila sniper ni. Ini tiga orang je. Walaubagaimanapun filem ini masih lagi boleh memberi kepuasan. Lakonan pelakon baru (pada masa ni) Fadlan Hazim boleh dipuji.  

8-Budak Pailang (2012)


Pengarah: Hashim Rejab

Pelakon: Aeril Zafrel, Wawa Zainal, Niezam Zaidi

Filem ni filem gangster remaja. Apa yang menariknya? Elemen pertarungan ala wrestling yang cukup baik. Aeril Zafrel menunjukan lakonan yang memberangsangkan dalam filem ini. Boleh kira filem aksi tempatan yang cukup baik.
7-Kaki Kitai (2014)


Pengarah: Azaromi Ghazali

Pelakon: Shaheizy Sam, fezrul Khan, Farid Kamil.

Shaheizy Sam ada lagi dalam filem keluaran MIG dan yang sedihnya ni filem terakhir beliau dengan MIG. Apa atau tidak, filem ni memang cukup menghiburkan! Cerita pasal Ayoi (Fezrul Khan) yang bodoh bodoh alang datang ke KL dan disambut oleh member dia, Din/Grenggo (Sam). Grenggo adalah contoh manusia yang tahu cakap besar dan hutang sekeliling pinggang. Situasi makin kalut bila dorang terlibat dengan kes penculikan tanpa sengaja. Fezrul Khan dalam filem ni agak Berjaya membawa wataknya dengan baik. Tak macam filem beliau yang lain lain dengan MIG. Lebih menarik ini filem pertama pengarahn Azaromi Ghazali. Kira Berjaya dengan buah tangan pertama ye.

6-Remp-it (2006)


Pengarah: Ahmad Idham

Pelakon: Farid Kamil, Cat Farish, Zul Huzaimy, Aqasha

Deman rempit bermula dari filem ini. Diarahkan oleh Ahmad Idham, Remp-it menjanjikan keseronok buat pengemar filem filem yang berkaitan dengan Remp-it. Mengisahknan Madi yang menjalani kehidupan sebagai seorang perempit sejati! File mini menjadi berchmark penting sehingga muncullah beberapa filem rempit sampai orang pun menyampah.   

5-Suamiku jatuh dari langit (2015)


Pengarah: Eyra Rahman

Pelakon: Qi Razali, Nora Danish, Syuk Balas, Atikah Suhaime

Siapa cakap filem ini macam drama pukul tujuh malam? Belum tengok jangan komen lebih lebih. Dalam filem ni ok pula Nora Danish, tak macam filem filem beliau yang lain yang bajet ayu. Filem komedi romantik ni banyak gak scene scene yang cukup lawak. Senang citer tak kering gusi. Tambah tambah lagi dengan adanya Syuk Balas tu. Nak gelak ketawa boleh layan filem ni. 

4-Longkai (2013)


Pengarah: Hashim Rejab

Pelakon: Faizal Hussein, Niezam Zaidi, Along Eyzendy, Wawa Zainal, Erra Fazira

Kenapa filem ini ada dalam senarai? Faizal Hussein!

3-Adnan Sempit (2010)

Pengarah: Ahmad Idham

Pelakon: Shaheizy Sam, Intan Ladyana, Yana Samsudin, Along Cham

Filem yang menaikkan nama Shaheizy Sam. Tak sah kalau tidak letakkan Adnan Sempit dalam senarai ini. Tambahan lagi filem ini punya kutipan cecah Rm7.66. Adnan Sempit menunjukan dua pelbezaan kelas antara Adnan/working class (Shaheizy Sam) dan Nadia/high class (Intan Ladyana) yang dipertemuikan disebabkan Nadia terdesak mecari boyfriend untuk party reunion. Kiranya Adnan cuma dipergunakan oleh Nadia je. Namun mereka mula mesra serta cuba memahami dunia masing masing. 
2-Ngangkung (2010)

Pengarah: Ismail Bob Hashim

Pelakon: Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Angah Raja Lawak

Filem pasal no ekor. Shaheizy Sam lagi sekali dalam filem MIG. Memang beliau pelaris buat MIG. Totally filem Ngangkung terbaik. Tak jangka filem komedi seram MIG yang ini menjadi pula. Nak kata seram sangat tu tak sangatlah, namun sekurang kurangnya filem ini masih boleh memberi kepuasan juga. Kombinasi Shaheizy Sam, Azad Jazmin, Angah Raja Lawak yang cukup menjadi. Tapi yang menarik sekali watak Mazlan petpet tu. Totally Enjoy


 1-Jangan Pandang Belakang (2007)

Pengarah:Ahmad Idham

Pelakon: Pierre Andre, Intan Ladyana, Ruminah Sidek

Filem seram ini bukan sahaja mendapat kutipan tertinggi (ketika itu tahun 2007) malahan terpalit kontroversi seperti kematian pelakon lagak ngeri serta pengaduhan antara Ahmad Idham dan Pierre Andre. Apapun ini antara filem seram terbaik tempatan malahan menjadi filem tempatan pertama ditayangkan di Filipina (hingga ada yang hysteria disana). Sudah tentu lakonan Ruminah Sidek begitu Berjaya sekali dalam filem ini.




Anda setuju dengan senarai ini? Apa pula pilihan anda? Tuliskan pandangan anda diruangan komen.



No comments:

Post a Comment