Friday, 10 February 2017

10 filem terbaik Datuk Prof A Razak Mohaideen

Anda peminat setia filem arahan Datuk Prof A Razak Mohaideen? Filem apa yang anda suka? Ini dia 10 filem terbaik Datuk Prof A Razak Mohaideen.

10-Mami Jarum (2002)

Filem yang mantap hasil lakonan Kartina Aziz. Kalaulah Kartina Aziz tiada dalam filem ini memang tidak sebagus ini. Boleh lihat dalam filem sekuelnya bila watak utama dipegang oleh Rita Rudaini, Annoying.

9-Anak mami the movie (2002)

 Filem kedua Prof A Razak Mohaideen bersama Grand Brillians. Juga diadaptasikan balik dari telemovie Anak mami (juga arahan Prof A Razak Mohaideen. Lakonan Farouk Husin dan Emillia. Selalu ditayangkan di hari raya di tv3 (pasal ni filem Grand Brillians).

8-Raya tak jadi (2011)

 Gandingan mantap pelakon baru dan otai, Johan dan Saiful Apek. Filem lawak tak kering gusi ini memang sesuai ditayangkan di waktu raya.

7- Skrip 7707 (2009)

 Filem lakonan Norman tanpa kehadiran adik beradik kru yang lain. Sebenarnya filem seram ni boleh tahan gak, pasal penerbit yang nak cari cerita untuk difilemkan. Ada beberapa short filem seram dalam filem ini. Boleh kira gaklah filem ni.

6-Cinta kolestrol (2003)

 Filem romantik yang mengandingkan pasangan bahagia (dulu) Yusry dan Erra Fazira. File mini memerlukan Erra menerima solekan khas yang dibuat oleh Fido Film dari Negara Sweden sebanyak rm200000, lebih mahal dari kutipan filem 7 filem yang dalam blog semalam. Hebat file mini samapi pecah panggung dan  diremake ke filem Thai yang juga diarahkan oleh Datuk Prof A Razak Mohaideen.

5-I know what you did last Raya (2004)

 Filem yang ditayangkan sempena hari raya. Ada feel raya dan seram dalam filem ini. Diremake balik dari filem i know what you did last Raya. Ada Erra, Waheeda, Zamarul Hisyam, Mazlan dan Azlee. Bolehlah buat stor geli geli filem ni di hari raya.

 4-Hingga Hujung nyawa (2004)



Gandingan mantap suami isteri (dulu) Yusry dan Erra Fazira. Jika Cinta kolestrol, Erra Fazira membawa watak wanita gemuk, di Hingga Hujung Nyawa pula beliau ada pegang watak wanita tua. Kos untuk solekan tua Erra dikatakan menelan belanja rm350000, lebih besar berkali kali dari kutipan filem Cendol.

3-Jutawan Fakir (2003)

Filem komedi Datuk Prof A Razak Mohaideen. Mesti anda tidak kering gusi melihat telatah Saiful Apek yang secara tertiba menjadi kaya bila terjumpa wang yang banyak. Selain itu, file m ini juga didukung oleh pelakon seperti Bob Kuman dan Waheeda. Rasanya dulu ada drama tv3 macam Jutawan Fakir ni.

2-Gemerlapan (1998)
 

Filem terawal Datuk Prof A Razak Mohaideen. Mengisahkan kehidupan pelajar kolej yang minat Dangdut dan muzik Alt/rock. Boleh dikatakan filem ini oklah walaupun pelakon yang seakan tidak mampu membawa watak dengan sebaik mungkin. Lakonan LanA to Z, Bob Kuman, Baby Res 2 dan Jaafar Onn.

1-Chowrasta (2015)

Antara filem Terbaik Datuk Prof A Razak Mohaideen. Antara filem terawal Fita studio. Adapatasi dari buku biografi, filem ini mendapatkan feel 70s dengan baik sekali. Tak macam filem Tanda Putera. Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Nora Danish, Rosyam Nor dan sorang pelakon baru tak tidak dikenali.


Anda setuju dengan list ini? Apa pendapat anda? Sila tinggalkan komen anda di bawah.

No comments:

Post a Comment