Saturday, 11 February 2017

10 Artis lelaki Malaysia yang menjadi kegilaan wanita

10 artis lelaki ini semestinya mempunya aura yang tersendiri sehingga digilai wanita. Jom tengok senarai 10 artis lelaki Malaysia yang menjadi kegilaan wanita.

10-Shaheizy Sam

Pelakon Malaysia yang versetail. Shaheizy Sam mampu mampu lagi bersaing dengan pelakon baru yang lain. Status beliau sebagai suami orang tidak memberi gangguan dalam kejayaan. Nantikan Polis Evo 2.

9-Datuk Dr A.Razak Mohaideen

Masih lagi mengarah filem sehingga kini, Datuk Dr A.Razak Mohaideen membuktikan beliau bukan sebarang pengarah. Bakal muncul dengan Filem terbarunya, Badang. Datuk Dr A.Razak Mohaideen mempunyai peminatnya yang tersendiri.

8- Syamsul Yusof

Syamsul Yusof sudahpun menunjukkan belang apabila filem arahannya, Munafik menang FFM haritu. Bukan sahaja pandai mengarah, malahan mampu berlakon dan menyanyi rap. Sedikit sebanyak ramai yang meminatinya.

7-Khai Bahar

Mula sekadar mengisi hobi menyanyi di smule dan youtube, Khai Bahar sudah pun mengumpulkan peminat yang tersendiri. Lelaki dari Perlis bukan sahaja mampu membawa lagu tone tinggi malahan mampu mencairkan hati wanita.

6- Hisyam Hamid

Pelakon berbakat dari Singapore. Mula terlibat dalam beberapa drama bersiri di Malaysia. Siri Abang Bomba I Love You dikatakan memberi impak besar kepada lakonannya. Banyak wanita yang meminatinya.

5-Jep Sepahtu

Siapa kata pelawak tiada dalam senarai ini. Jep Sepahtu mempunyai karismanya sebagai seorang pelawak yang bagus. Muncul sebagai team Sepahtu bersama Shuib, Jep mulai membina empayar lawak bersama temanya. Juga aktif dalam bidang radio serta bidang lakonan. Jep juga dikabarkan semakin intim dengan
4-Zul Ariffin


Zul Ariffin Semakin membinanya dalam bidam lakonan. Tahun ini sahaja filem beliau, J-Revolusi dikatakan bakal pecah panggung! Zul Ariffin boleh dikatakan berada di senaraian pelakon kelas A.

3-Dato Aliff Syukri

Ahli business yang berjaya. Antara individu penting dalam tertubuhnya D’Herbs. Dato Aliff Syukri bukan sahaja tahu dalam selok belok bidang perniagaan, malahan tidak keberatan untuk tonjol dalam bidang hiburan. Bermula sekadar penaja, kemudiaan juri, sekarang pula menjadi pelakon. Dato sudah pun mengumpulnya peminatnya sendiri. Nantikan filem Badang arahan Datuk Dr A.Razak Mohaideen (no 9).

2-Aiman Tino

Penyanyi baru lagi muda, namun sudah menggegarkan industri muzik Malaysia. Bermula dengan Single Ku Rela Di Benci, nama Aiman Tino semakin membibit di mulut rakyat Malaysia, terutama sekali gadis bawah umur. Malahan Aiman Tino dikatakan dikejar para gadis setiap hari. Ini membuktikan Aiman bukan sebarang penyanyi.

1-Fattah Amin

Baru sahaja melancarkan buku tulisannya, nama Fattah Amin semakin kukuh di industri hiburan Malaysia. Gandingan beliau dengan Neelofa di dalam drama Suri Hati Mr Pilot telah menimbulkan pelbagai kisah antara mereka sehingga timbul Lofattah. Malahan ada peminat yang membuat solah hajat untuk melihat mereka bersatu. Fattah Amin mencuba bidang nyanyian pula, dan lagu Wanita terakhir menjadi viral. Fattah Amin semakin selesa dalam membinanya kejayanya.


Anda setuju dengan senarai ini? Sila tinggalkan komen anda di bawah

No comments:

Post a Comment