Saturday, 14 February 2015

#FilemGig : Ulasan filem All That I Love (Poland)


Sempena hari valentine, aku berpeluang untuk berkunjung ke Lostgens Contemporary Artspace untuk menyaksikan sebuah filem dari Poland iaitu All That I Love. Lagi membuatkan aku nak pergi tengok sangat sebab filem ini mengambil latar 80an di Poland selain kisah budak yang main band Punk. Selain takde Date pada hari Valentine :(

Menunggu bas sampai seperti menunggu Malaysia dapat mai di Piala Dunia Fifa. Lama nak mampus! Menyusahkan selain membuatkan beberapa manusia yang menunggu (selain aku) kering kontang dan makin mereput. Tunggu kul 2 sampai kul 4. Baik tak payah datang. Apapun aku selamat juga sampai ke Kuala Lumpur tepat pada masanya.

Dah sampai boleh sesat plak. Haih malang betul nasib aku ni. Nasib baik jumpa gak tempatnya. Dan nasib baik filem masih belum tayang lagi.

Sebelum ditayangkan acara dimulakan pengenalan tentang Poland oleh (aku tak tahu namanya sebab aku masuk lambat,sorry). Adalah info info sikit tentang Poland ni yang aku dapat tau. Poland ni kiranya taklah asing bagi aku tapi bolehlah buat info tambahan. Then All That I Love ditayangkan.

Sinopsis: All That I Love is a film about a young musician, Janek, in a coastal city of Poland during the early period of the Solidarity strikes,martial law in Poland, manifestations, and general political turmoil. Janek's father is an official of the local military police, and while he utilizes that connection to secure rehearsal space for his punk band (in the officer's hall of the police barracks), he rebels against the official repression of lycical freedom and political activism. His love interest, Basia, is the daughter of an active Solidarity member, who initially forbids Basia from seeing Janek due to his governmental connections. They continue to see each other secretly, and their romance inspires Janek to send demos to a prestigious Polish summer music festival. He is selected to play, but his attempt to get his politically sensitive lyrics past the state censor ends badly, and is forbidden from playing. However, at the end-of-year concert, at which the censor turns up personally to attempt to prevent Janek from singing Solidarity-friendly songs to his classmates, turns into a youth celebration of Solidarity. (kopi dari wikipedia )

Ulasan ringkas aku sepanjang menonton filem ini sangat berbagi. Filem ini secara upaya mengangkat kisah seorang remaja punk bernama Janet yang menjalani kehidupan di Poland ketika era 1981 (Martial Law In Poland). Walaupunbagaimanapun aku agak terkesan kerana filem ini seakan tidak mengangkat erti Punk tu secara menyeluruh mahupun sedikit sebanyak. Agak kurang penjelasan bagaimana scene punk itu di sana. Adakah All That I Love cuma satu band di situ ataupun masih ada lagi band lain? Hal ini penting kerana kita dapat memahami scene punk,how diorang dapat idea buat lagu dan sebagainya. Bagaimanapun filem ini memang cukup terbaik bagi sesiapa yang menyukai filem filem yang memaparkan kisah remaja. Aku suka scene diorang membuat persembahan di sekolah,expresis Wajah Janek melepaskan emosi yang cukup cukup padu. Inilah keberanian remaja yang harus ada. Bukannya mengampu serta mengikut terlunjuk orang atasan je.

Selepas abis sessi tayangan,adalah sedikit diskusi tentang filem ini,muzik punk dan kerajaan Poland ketika itu. Overall agak pendek sangat Sessi ini kalau ikutkan lagi bagus kalau lama lagi. Apapun memang terbaiklah.

Thank kepada penganjur #FilemGig ini kerana menganjur event yang best macam ni. Tak tau pula ini kali ke tiga, ruginya.



#NowPlaying TENANGKAN BONTOT ANDA 

No comments:

Post a Comment