Wednesday, 14 January 2015

WAYANG@BUDIMAN


Kopi terus dari facebook Pusat Kajian Apresiasi Filem . hope korang support acara menarik ni!

Pusat Kajian & Apresiasi Filem memperkenalkan aktiviti tayangan dan apresiasi filem dwi-mingguan, WAYANG@BUDIMAN. Bagi membuka tirai acara, tayangan dua bulan pertama akan bertemakan SINEMA RETRO INDONESIA yang menampilkan seleksi filem-filem era 1980-an dari negara jiran tersebut. Antaranya, karya-karya istimewa garapan sutradara Indonesia terkenal seperti Teguh Karya, Amy Priyono dan Asrul Sani.

Pusat Kajian & Apresiasi Filem ingin menjemput semua penggemar sinema, terutamanya penggemar tegar bagi sinema Indonesia era 1980-an untuk menyertai aktiviti tayangan ini secara percuma.

Kurator bagi program ini adalah Dr Norman Yusoff.

Tayangan ini adalah bagi tujuan pendidikan. Semua dijemput hadir.

Lokasi :
Pusat Kajian & Apresiasi Filem (PKAF)
No 18-2 (Tingkat 2),
Jalan Pulau Lumut Q U10/Q,
Seksyen U10, Alam Budiman,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Pertanyaan;
+603 7832 3944
+6019 357 3944 (Azmir)

No comments:

Post a Comment