Saturday, 17 January 2015

Ulasan Villa Nabila




Seperti yang dijanjikan, aku pergilah menonton filem terbaru arahan Syafiq Yusof, Villa Nabila ini semalam. Syafiq Yusof beria ria mengatakan bahawa filem ini adalah filem experimental dan tidak langsung menyebut sebagai filem seram. Ini sesuatu yang menarik kepada aku untuk menonton filem ini. tambahan lagi Villa Nabila sendiri yang pernah mencetuskan kontrolversi.

Filem ini dimulakan dengan segmen documentary tentang Villa Nabila. Pelibatan seperti wawancara bersama polis serta mangsa (?) yang terlibat dengan kes Villa Nabila sedikit sebanyak membuka persoalan terhadap misteri Villa Nabila. Segmen Docu yang dihasilkan oleh Daniel Martin dan Rossali Azrin ini sesuatu yang begitu menarik untuk diperkatakan. Dari isu budak hilang di dalam Villa Nabila sehingga mereka berjaya menemui sesuatu yang begitu misteri untuk dibongkar satu lagi misteri tentang isu perobohan Villa Nabila. Aku tak tahu sama ada isu tentang perobohan Villa Nabila pernah ada ataupun cuma rekaan untuk filem ini. Tentang persoalan itu mereka telah berusaha untuk menemui mereka yang terlibat dalam perobohan Villa Nabila namun mempunyai pelbagai kesulitan dan masalah. Namun mereka bertemu juga dengan en Amar dan Asyaf,pekerja kontrator yang terlibat dalam perobohan Villa Nabila. Ini membawa kepada penceritaan kembali misteri kegagalan projek perobohan Villa Nabila....

Untuk penceritaan semula, beberapa pelakon telah menjayakan peranan mereka. banyak wajah wajah yang aku kurang kenal (Kecuali Pekin). Dialog serta gaya lakonan mereka agak seperti skema, mungkin memang sengaja supaya nampak seperti dokumentari biasa. Isu tentang pekerja tempatan yang malas dan membuli pekerja asing serta isu kemelut kontraktor tempatan yang bergelut dengan projek besar. bagaimanapun memandangkan ini adalah filem seram, isu terbabit tidak diberi penekanan yang begitu jitu. tahap keseraman filem ini boleh dikatan seram juuga pada part lokasinya sendiri lebih lebih lagi pada waktu malam. Ada juga diselitkan dengan real footage termasuk scene kena rasuk (aku tak tahu footage tu memang real atau tidak). kemunculan hantu (Nabila kot) pada mulanya memberi kejutan namun lama lama tak seram dah (hehehe). Runut bunyi yang tak berapa nak membantu dalam menaikan mood seram namun lagu end kredit Cinta Untuk nabila sedikit menarik dengan arragement yang baru.

Buat korang semua, aku boleh katakan filem ini berbaloi untuk ditonton. Tahniah buat team villa Nabila kerana memberi suatu filem yang begitu fresh serta manrik untuk ditonton.

1 comment: