Wednesday, 14 January 2015

Filem baru: Villa Nabila


Komen: Selalu sahaja keluar filem filem seram yang menjanjikan pelbagai tagline seperti filem seram terbaiklah,bikin jantung berkencangnglah,blah blah blah. Tapi hasilnya sangat sangat mengecewakan. Apa pula harapan untuk filem Villa Nabila ini pula?

Hasil terbaru Syaffiq Yusoff mengambil inspirasi daripada kisah benar yang telah menggemparkan 1 Malaysia dulu, iaitu kes Villa Nabila. Villa Nabila pernah menimbulkan kontroversi apabila ramai budak yang dilaporkan hilang di dalam Villa tersebut. Dijadikan cerita Villa tersebut dikatakan berpuaka dan BERHANTU!!! namun segalanya cuma gossip murahan semata mata apabila cerita ramai budak hilang dalam Villa tersebut itu tipu. memang Penipu.

Disebabkan itulah saya pada mulanya malas nak ambil tahu pasal filem ini. Namun aku mula pula nak tengok filem ni nanti sebab ada sesuatu pasal filem Villa Nabila ni. Satunya filem ini ialah Filem EXPERIMENTAL!!! bak kata Syafiq Yusof. Ada sedikit bezanya Filem Villa Nabila ni dengan filem seram tempatan yang lain. Filem ini menggabungkan lakonan dan real Footage. Ada tak filem macam tu dekat malaysia ni? Itulah yang menarik perhatian aku. Selain itu kewibawaan Syafiq Yusof  yang telah berjaya dengan filem filem sebelumnya seperti SAM dan Abang Long Fadil sedikit memberi harapan filem ini kemungkinan tidak akan mengecewakan. Aku sedikit sebanyak kagum juga dengan beliau kerana di waktu yang muda, beliau berjaya menghasilkan filem yang berkualiti. Ada pengarah yang mengarah hampir 50 filem pun masih buat filem Crap.

Satu lagi alasan untuk menonton filem ini kerana filem ini adalah filem seram!!!!


Apa tunggu lagi,jom beramai ramai esok untuk menyaksikan filem hebat ini.

Tajuk:VILLA Nabila
Pelakon:PEKIN IBRAHIM, TISYA SYAMSIR
Pengarah Filem:Syafiq Yusof
Pengarah Doku:Raja Daniel Matiin & M. Rosalli Azrin
tarikh tayangan:15 jan 2015

Trailer Villa Nabila



Apa dah jadi dengan filem Villa Nabila David Teo?












No comments:

Post a Comment