Saturday, 13 December 2014

teater kompilasi Nam Ron!!!




Dibawah adalah satu lagi interview aku dengan bang Nam Ron tentang teater terbaru beliau, iaitu teater kompilasi vol 2 (remix lembu dan mat derih Kuala Perlih. ini hanya beberapa soalan/jawapan sahaja sebab kalau nak baca semua nanti boleh beli Gelanggang Filem isu 7 nanti yang berharga rm3 je. jom kita layan sama sama


1-Assalamulaikum bang dan terima kasih kerana sudi lagi menjawab soalan dari GF.
Waalaikumsalam. Sama-sama 

2-teater kompilasi abang kali ini berkisahkan tentang apa? Kenapa
menggunakan tagline POLITIKUS, MELAYU dan SAMSENG

Kali ini Teater Kompilasi akan memilih dua teks monolog yang telah saya hasilkan lebih 10 tahun sewaktu era reformasi baru melanda kita. Dua naskah itu adalah Lembu(2002) dan Matderihkolaperlih(2003). Kedua-dua naskah ini mengangkat watak politikus yang bertindak seperti seorang samseng. Bergelut dengan pemilikan kuasa untuk kepentingan peribadi. Dan, mereka adalah politikus Melayu. 

3-Bilakah teater kompilasi terbaru abang ini diadakan?
Pada 24-28 Disember 2014 di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) 

4-Siapakah pelakon yang akan mengerakkan teater kompilasi terbaru abang ni?


Naskah Matderihkolaperlih dilakonkan oleh saya sendiri dan dibantu oleh Pekin Ibrahim dan Sara Ali manakala Lembu dilakonkan oleh Ameera Ramlee dengan membawa 10 watak berbeza.
 
5-Adakah produksi yang sama yang menggerakan teater terbaru ni seprti
teater kompilasi abang yang lalu?

Teater Kompilasi kali ini akan dibawa kepada khalayak oleh Ayaq Hangat Entertainment yang ditubuhkan oleh saya sendiri pada tahun 2013 (selepas meninggalkan RAT). Bagi pementasan kali ini, Ayam Fared akan menjadi pengarah bersama. Beberapa tenaga produksi adalah sama antaranya Sham Cairel(komposer muzik) dan Azzad Mahzir(pengurus pentas) 


6-Apakah mesej utama dalam teater kompilasi abang kali ini?
Hahaha saya bukan posmen saya tak hantar mesej.  Saya cuma nak bercerita tentang kehidupan dan dalam kehidupan penuh dengan mesej. 

7-Adakah selepas ini lebih banyak teater teater yang melibatkan karya abang?
 
In Sha Allah. Melalui Ayaq Hangat, kami telah merancang beberapa projek untuk dijayakan pada tahun hadapan. Antara yang terbesar adalah membina sebuah black Box kapasiti 100 penonton bagi tujuan pementasan teater indie bersekala kecil, tayangan video, festival indie, workshop dll 

8-Apakah harapan abang untuk teater kompilasi kali ini

DPAC diserbu orang ramai dan berebut-rebut beli tiket macam final Piala Malaysia hehehe saya harap yang terbaik untuk penonton dan yang terlibat  


promo teater kompilasi Nam Ron

Pengarah / Penulis : Nam Ron 
Pengarah Bersama : Ayam Fared 
Pelakon : Ameera Ramlee, Nam Ron, Pekin Ibrahim,Sara Ali 
Produksi : Ayaq Hangat Entertainment 

Tiket terhad cuma berharga RM55 (front view) dan RM40 (side view), kedua-duanya tempat duduk bebas

Teater Kompilasi merupakan hasil kompilasi antalogi skrip teater Nam Ron sepanjang pembabitan beliau dalam bidang teater. Sebelum ini, Nam Ron telah mementaskan Teater Kompilasi Nam Ron : Aku Nak Jadi Bintang, Laut Yang Tenang & Laut Lebih Indah Dari Bulan dimana naskah bertemakan seks, pembunuhan dan rumahtangga tersebut dilakonkan oleh Sharifah Amani, Sofea Jane, Vanidah Imran dan Aqasha pada tahun 2013 di DPAC, Esplanade Singapore dan Festival Belia diPutrajaya pada tahun 2014.

Sempena 25 tahun penglibatan Nam Ron dalam bidang teater, kali ini Teater Kompilasi kembali dengan sebuah pementasan monodrama menerusi Teater Kompilasi Nam Ron Vol. 2 : Lembu & Matderihkolaperlih bertemakan politik, Melayu dan samseng, berdurasi 90 minit yang mengandungi 2 cerita yang menyentuh persoalan sosial politik masyarakat Melayu secara komedi menerusi eksplorasi kepelbagaian loghat tempatan dan penekanan terhadap isu-isu politik sosial yang masih relevan sehingga kini dari sudut pandang masyarakat sub-urban.

Pementasan semula ini melibatkan usaha pelakon muda seperti Ameera Ramlee, Pekin Ibrahim & Sara Ali sebagai kolaborasi bersama Nam Ron.

Sinopsis :

Lembu
Kisah tentang 2 tokoh yang bercakaran sempena majlis sambutan lawatan Pemimpin Besar ke Kampung Batang Menegak. Keadaan menjadi kecoh bila lembu yang akan dikorbankan untuk majlis tersebut hilang. Dalam kekecohan mencari lembu yang hilang, penduduk Kampung Batang Menegak dikejutkan dengan insiden yang memalukan. Menerusi monologue ini, Ameera Ramlee bakal membawa 9 watak yang berbeza.

Pencalonan :
BOH Cameronian Arts Award 2004 - Skrip Asal Bahasa Melayu Terbaik

Matderihkolaperlih
Matderihkolaperlih menceritakan kisah hidup seorang budak lelaki yang telah ditinggalkan oleh ayahnya. Semasa dalam proses mencari ayahnya, beliau telah terlibat dengan gangsterisme, pelacuran hingga akhirnya mempunyai hubungan sulit dengan ibu tirinya sendiri, sebelum menjadi seorang ahli politik terkemuka. Matderihkolaperlih adalah fiksyen biografi, lakonan Nam Ron dan dibantu oleh Pekin Ibrahim & Sara Ali.

Anugerah :
BOH Cameronian Arts Award 2003 - Skrip Asal Bahasa Melayu Terbaik

#TeaterKompilasiNamRon #TKNRV2

No comments:

Post a Comment