Friday, 12 December 2014

Ophilia: Filem Skinhead pertama Malaysia



Skinhead adalah salah satu daripada sub culture yang agak begitu popular dikalangan remaja. Walaupun saya bukanlah dari komuniti skinhead namun saya begitu mengemari beberapa buah band Skinhead seperti ACAB, the Official, dan sebagainya. Dan apabila Raja Mukhriz mulai bercerita tentang Ophilia (rujuk gelanggang filem isu 5) yang berkisahkan tentang Skinhead, saya terus berminat untuk menyaksikannya kelak.



Walaupunbagaiamanpun, filem ini sendiri menghadapi pelbagai liku liku yang begitu dahsyat sekali sebelum ditayangkan nanti. Dimulakan dengan syarikat syarikat besar filem yang menolak mentah-mentah filem ini (merujuk kenyataan rahja mukhriz sendiri). Apa boleh buat,mungkin kisah ophilia yang melibatkan Skinhead itu sendiri tidak digemari oleh mereka. Mungkin bagi mereka penonton lebih suka melihat hantu ataupun budak merempit daripada tengok kisah budak budak Skinhead. Selain itu juga kes roddy moreno,budak budak scene yang dah merungut pasal filem ni dan macam macam lagilah menambahkan lagi kepanasan terhadap filem ini sendiri. Mengambil langkah tonton dulu baru komen,aku menantikan malam tayangan perdana/media pada 10hb yang lepas yang ditayangkan di Berjaya times Sq. ternyata....

Kodi,debut filem pertama yang begitu berjaya sekali


Filem ophilia yang berkisahkan tentang persahabatan di antara tiga budak skinhead iaitu uji (pekin Ibrahim), Ozy Gandum (Que haidar,sebenarnya nama ni agak kelakar hehehe) dan Totoi (lakonan pendatang baru,kodi Rasheed) yang mempunyai perangai yang berlainan namun tetap bersahabat kerana skinhead. Filem ini adalah penceritaan melalui POV Uji. senang cerita inilah cerita dari pandangan Uji terhadap kisah hidup dia dan kawan kawannya. Satu tragedy yang tak disengajakan (tak boleh bagi tahu,korang boleh tengok sendiri nanti,klue pada tajuk filem ini sendiri) telah membuatkan mereka terlibat dalam peristiwa yang mengubah takdir hidup mereka serta menguji persahabatan mereka.

                                       

Pekin secara jujurnya menjaya membentuk perwatakan Uji dengan baik sekali. Bila kita tengok Uji kita cuma nampak uji,bukan Pekin. begitu juga dengan Ozy gandum yang dibawa oleh Que Haidar,remaja yang mengalami masalah keluarga yang teruk dan sedikit sebanyak membentuk perwatakannya yang jenis bara dan bermasalah. Aku suka watak Ozy ni sendiri yang begitu berbeza dengan watak watak yang pernah Que pegang,ini cukup rare. Kodi Rasheed sebagai totoi (weird name hehe)secara terus terang tidak menampak beliau adalah pendatang baru jelas dia masih boleh berlakon sekali dengan senior Pekin dan Que Haidar. Satu penghormatan buat beliau kerana memberi persembahan yang begitu baik serta professional sekali.


Secara keseluruhan filem ini tidak memburuk buruk Skinhead. aku sendiri terkejut tentang filem arahan Raja Mukhriz ini kerana secara normal filem akan berakhir dengan skinhead ini bukanlah budaya yang bagus,kembali ke pangkal jalan,blah blah blah. Raja Mukhriz seperti memahami apakah itu skinhead dan terima kasih kerana menghasilkan sebuah filem yang jujur. Dalam filem ini, jelas mempersoalan rasional kenapa harus Skinhead dipandang rendah? Korang boleh tengok filem ini sendiri luahan Ozy tentang perkara ini. Filem ini juga terselit beberapa lagu Skinhead (aku duk hentakl hentak kaki hehehe) yang memberi warna dalam filem ni. Jalan cerita yang mudah untuk difahami serta menyakinkan. Ada ketawa dan ada juga babak yang begitu menyedihkan 9scene nak dekat ending). Cuma dari segi endingnya (tak nak spoiler,korang tengok nanti) yang menyedihkan dan sedikit mengecewakan saya. overall sebuah karya yang berani pada tahun ni. tahniah kepada mereka yang terlibat dalam filem ini. Korang semua bolehlah tonton filem nanti di pawagam 18-12-2014 nanti. supportlah filem tempatan yang berkualiti!

Siga Siga!!!

OST Ophilia 

  trailer ophilia





No comments:

Post a Comment