Thursday, 11 December 2014

Manisnya Cinta di Cappadoccia : Manisnya....



Harini saya berpeluang menyaksikan filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia (MCDC) atas jemputan daripada pihak Red Film. terim aKasih banyak banyak. Jom ke komen aku pasala filem ini.

Bernard Chauly adalah salah seorang pengarah feveret saya. Lagi lagi saya membesar dengan filem beliau seperti GoodBye Boy,Pisau Cukur,mahupun Instambul Aku Datang. Apabila beliau muncul dengan filem terbaru,ini yang membuatkan saya tak sabar sabar mahu menyaksikan.

Manisnya Cinta Di Cappadoccia (MCDC) pada asalnya ialah sebuah novel garapan Anis Ayuni (cuma tajuknya Manisnya Cinta,Cappadoccia takde). Satu kekesalan saya apabila menonton filem ini adalah saya belum merujuk (baca) kembali kepada novelnya. Atau senang citer saya tak dapat nak memberi gambaran tepat adakah Bernard Chauly berjaya mewarnakan novel sebaik mungkin. Senang citer ulasan saya berdasarkan filem tanpa rujukan novel tersebut.



Fazura sebagai Ifti,ada kelemahan iaitu suka berangan tak tentu pasal

Filem MCDC ini yang dibarisi beberapa berlakon yang hebat seperti Fazura (Sebagai Ifti) yang berjaya membawa watak dengan berkesan lagi. Ini gandingan dah berapa kali Fazura bersama Red Film dan beliau tidak pernah mengecewakan. Kali ini beliau membawa watak sebagai Ifti, seorang wanita yang bekerjaya namun mengalami kegagalan dalam pencintaan. Namun kehidupan sedikit kembali ceria apabila mula bekenalan dengan lelaki misteri bernama Nazmi (lakonan Shaheizy Sam) yang selalu muncul secara kebetulalan. Namun sedikit sebanyak bermula bibit-bibit cinta antara mereka di sehingga ke negara Turki.

Shaheizy Sam membawa watak sebagai Nazri,pemandu bas. 
Betul ke? nak tau pergilah panggung

Kechemistry di antara Fazura dan Shaheizy Sam memang begitu mengujakan. Credit kepada skrip yang menghidupkan suasana romantik selain beberapa scene (lebih lebih lagi masa dekat Turki ) yang berjaya mempamerkan detik detik di antara mereka berdua. Shaheizy Sam membawa watak Nazri dengan baik dan tidak terlalu over seperti beberapa pelakon lain. Memang mereka pilihan yang tepat untuk menjayakan watak masing masing.

Pelakon pelakon lain seperti Lisa Surihani,Faizal Hussein,Rafidah dan ramai lagi juga membantu mengerakkan penceritaan filem ini. Tahniah juga buat mereka memberi satu persembahan yang bagus.

Beberapa lokasi menarik di Turki menambahkan lagi kecantikan di dalam filem ini. Seperti filem Instanbul Aku datang, saya akui yang negara Turki ini memang cantik sekali. Rasa macam nak pergi sana plak.

Sebagai pengarah, Bernard ternyata tidak mengecewakan. Gandingan beliau bersama Rafidah menjadi lagi seperti di filem terdahulu. Genre romantik adalah satu satu genre yang begitu kurang popular di malaysia. jika ada yang membuat pun bukannya best pun,ke laut semua tu. Tapi filem arahan Bernard ini sedikit sebanyak memberi kemeriahan di dalam industri filem tempatan. Saya cukup terhidup dengan filem ini dan saya berharap sangat karyawan di luar sana mencontohi formula mereka. Filem filem keluaran red memang fresh serta menghiburkan. janganlah selalu mengecewakan penonton sampai mereka dah taknak datang ke panggung! 

Kesimpulannya...Filem MCDC ini cukup menghiburkan. Segeralah pergi menonton filem ini yang menjanjikan 1001 keseronokan. tahniah diucapkan buat penerbitan filem ini iaitu Red Film,Global Station dan Astro Shaw. tidak lupa kepada pengarah,Bernard,Penulis asal dan lakon layar iaitu Ani Ayuni dan Rafidah Abdullah, Para pelakon serta mereka mereka yang lain yang terlibat juga. Korang memang best. 

Ps: Saya bagi 4 bintang oppo!!!

ost MCDC dendangan #sixth Sense

Dulu tak berapa melekat sangat tapi lepas dengan filem ni (ada scene scene yang ada lagu ni) terus suka balik




No comments:

Post a Comment