Saturday, 15 November 2014

Teater Kompilasi Nam Ron Vol.2 POLITIKUS, MELAYU dan SAMSENG



Pengarah / Penulis : Nam Ron 
Pengarah Bersama : Ayam Fared 
Pelakon : Ameera Ramlee, Nam Ron, Pekin Ibrahim,Sara Ali 
Produksi : Ayaq Hangat Entertainment 
Tarikh: 24-28 disember
tempat: Damansara Performing Art Centre (DPAC),Petaling Jaya


Teater Kompilasi merupakan hasil kompilasi antalogi skrip teater Nam Ron sepanjang pembabitan beliau dalam bidang teater. Sebelum ini, Nam Ron telah mementaskan Teater Kompilasi Nam Ron : Aku Nak Jadi Bintang, Laut Yang Tenang & Laut Lebih Indah Dari Bulan dimana naskah bertemakan seks, pembunuhan dan rumahtangga tersebut dilakonkan oleh Sharifah Amani, Sofea Jane, Vanidah Imran dan Aqasha pada tahun 2013 di DPAC, Esplanade Singapore dan Festival Belia di Putrajaya pada tahun 2014.

Sempena 25 tahun penglibatan Nam Ron dalam bidang teater, kali ini Teater Kompilasi kembali dengan sebuah pementasan monodrama menerusi Teater Kompilasi Nam Ron Vol. 2 : Lembu & Matderihkolaperlih bertemakan politik, Melayu dan samseng, berdurasi 90 minit yang mengandungi 2 cerita yang menyentuh persoalan sosial politik masyarakat Melayu secara komedi menerusi eksplorasi kepelbagaian loghat tempatan dan penekanan terhadap isu-isu politik sosial yang masih relevan sehingga kini dari sudut pandang masyarakat sub-urban.

Pementasan semula ini melibatkan usaha pelakon muda seperti Ameera Ramlee, Pekin Ibrahim & Sara Ali sebagai kolaborasi bersama Nam Ron.



Sinopsis :

Lembu
Kisah tentang 2 tokoh yang bercakaran sempena majlis sambutan lawatan Pemimpin Besar ke Kampung Batang Menegak. Keadaan menjadi kecoh bila lembu yang akan dikorbankan untuk majlis tersebut hilang. Dalam kekecohan mencari lembu yang hilang, penduduk Kampung Batang Menegak dikejutkan dengan insiden yang memalukan. Menerusi monologue ini, Ameera Ramlee bakal membawa 9 watak yang berbeza.

Pencalonan :
BOH Cameronian Arts Award 2004 - Skrip Asal Bahasa Melayu Terbaik

Matderihkolaperlih
Matderihkolaperlih menceritakan kisah hidup seorang budak lelaki yang telah ditinggalkan oleh ayahnya. Semasa dalam proses mencari ayahnya, beliau telah terlibat dengan gangsterisme, pelacuran hingga akhirnya mempunyai hubungan sulit dengan ibu tirinya sendiri, sebelum menjadi seorang ahli politik terkemuka. Matderihkolaperlih adalah fiksyen biografi, lakonan Nam Ron dan dibantu oleh Pekin Ibrahim & Sara Ali.

Anugerah :
BOH Cameronian Arts Award 2003 - Skrip Asal Bahasa Melayu Terbaik

#TeaterKompilasiNamRon #TKNRVII

No comments:

Post a Comment