Sunday, 2 November 2014

Penjelasan kempen Switch Off bersama Presiden Seniman, Zed Zaidi



Sebenarnya aku nak letak dalam zine interview bawah ni namun bila difikirkan balik zine aku lambat lagi nak rilis,tambahan lagi isu tentang Switch off ni perlu diketengahkan. Apapun ini pejelasan tentang Kempen Switch oleh Presiden Seniman sendiri iaitu zed Zaidi. Selain itu aku masih menunggu lagi jawapan daripada Jurey Rosli tentang perkara ini. 


Terima kasih kepada President Seniman sendiri iaitu Zed Zaidi kerana sudi menjawab beberapa soalan daripada saya tentang Switch Off.



Assalamualaikum dan terima kasih buat saudara kerana sudi untuk ditemuramah oleh saya?tahniah kerana masih lagi kekal sebagai president Seniman



Waalaikumsalam dan terima kasih kembali kepada saudara. Kemenangan sebagai presiden seniman merupakan penebus maruah saya yang telah di calarkan oleh ahli seniman yang menyaman persatuan diketuai oleh Abu Bakar Omar bagi menjatuhkan kredibiliti saya sebagai presiden sebelum ini.

Boleh ceritakan tentang projek projek yang diusahakan oleh Seniman buat masa sekarang?

Buat masa ini seniman sedang berusaha untuk menyatu padukan kembali siratulrahim antara ahli juga memberi fokus yang lebih bagi mengembalikan keyakinan ahli terhadap persatuan, merangka perancangan yang tergendala sebelum ini dan sekaligus  mengorak langkah bagi memartabatkan maruah seniman yang tercalar teruk disebabkan saman oleh ahli yang tidak bertanggungjawab membawa kes ke mahkamah.

Apakah itu Switch off? Apakah perkara penting dalam kempen ini?

Switch Off merupakan kempen kebajikan yang di gerakkan oleh penggiat seni melalui producer drama, producer iklan, producer filem, artis, pekerja (KRU), pelajar fakulti seni di universiti dan rakyat malaysia. ia merupakan suara akar umbi bagi menuntut keadilan di dalam pekerjaan yang tidak pernah di selesaikan sejak 20 tahun yang lalu. Pekara penting di dalam kempen Switch Off ini adalah seperti perjuangan mendapatkan Intelek property drama, royalti untuk pelakon dan kru, memperkasakan iklan made in Malaysia (MIM), memperketatkan syarat padu citra, dan yang paling utama cadangan menubuhkan akta industri kreatif Malaysia bagi menyelesaikan masalah penggiat seni secara holistik.

Kenapa Seniman begitu kuat menyokong kempen ini?

Kempen ini selaras dengan dasar dan polisi persatuan melalui perlembagaan di mana 4 pekara asas yang harus di lakukan oleh seniman kepada ahli iaitu memperjuang, membela, menjaga kebajikan dan meningkatkan imej artis.

Siapakah yang memulakan idea Switch off? Dan siapakah lagi mereka yang terlibat dengan program ini?

Switch Off di gerakan oleh Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM). Persatuan-persatuan tersebut adalah yang di naungi oleh 10 persatuan seperti Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM), Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (PAPITA), Persatuan Pekerja Professional Filem Malaysia (PROFIMA), Persatuan Penyiar Kebangsaan Malaysia (PENYIAR), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Persatuan Penghibur India Malaysia (MIEWA), Persatuan Pos Produksi & Animasi Malaysia (POSTAM), Persatuan Penulis Kreatif Malaysia (CGM), Persatuan Artis Cina Malaysia (AMCA), Persatuan Penerbit Filem Iklan Malaysia (PPFIM) serta di sokong Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) dan Pertubuhan Kebajikan Artis Artis Pelapis Malaysia (PERKAP).

Adakah kempen ini berterusan ataupun cuma bermusim?

Kempen ini akan terus digerakkan setiap tahun sekirannya cadangan 11 pekara melalui kempen switch off ini tidak terlaksana. Sebagai contoh 11/11/14 tidak Berjaya berkemungkinan akan diteruskan pada 11/11/15.

Kenapa sesetengah pihak seperti karyawan tidak menyokong kempen ini?

KARYAWAN merupakan sebuah persatuan yang tidak mempunyai satu khusus perjuangan di dalam industri seni kerana ia dilihat lebih memperjuangkan kepada semua bidang dan di anggap sebagai persatuan yang cacar marba. KARYAWAN lebih cenderung ingin menyelesaikan masalah bidang muzik yang tidak pernah di selesaikan tetapi beralih arah untuk menjuarai di dalam industri kandungan kreatif pula.
                                                                
KARYAWAN lebih menonjol sebagai sebuah persatuan yang bergerak bersendirian tidak mendapat sokongan persatuan lain tetapi soal Switch Off, mereka cuba mempergunakkan nama persatuan lain kononnya, KARYAWAN di sokong oleh persatuan tersebut. Jadi persoalannya, apakah agenda KARYAWAN di dalam industri kandungan kreatif ini? Di atas sebab kekeliruan perjuangan itu, GAFIM tidak mengiktiraf KARYAWAN.

kenapa memilih 11-11-2014 untuk menjayakan kempen tutup TV ini? Dan kenapa warna temanya hitam putih?

Switch off merupakan kempen penggiat seni bersatu. Kempen switch off ini mengfokuskan branding sebagai mana 11 pekara yang di cadangkan melalui tarikh 11/11/14 dan kempen tutup tv dari jam 8-11 malam sebagai tanda sokongan penggiat seni dan rakyat Malaysia terhadap kempen ini. Pemililhan warna hitam putih menjelaskan bahawa masalah kebajikan di dalam industry kreatif Negara tidak pernah selesai sejak 20 tahun yang lalu sebagai simbolik masalah lama yang tidak pernah selesai.

Dan benarkah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan kempen ini adalah bantahan terhadap kerajaan serta agenda tersembunyi Jurey rosli seperti dalam media?


Switch off tidak menentang kerajaan malah membantu kerajaan mengenal pasti masalah yang berlaku di dalam industry seni. Switch Off merupakan suara akar umbi penggiat seni yang membolehkan kerajaan membuat segala dasar berdasarkan permasalahan industri secara teperinci. Tiada istilah agenda tersembunyi oleh Jurey Rosli, dan semua tomahan terhadap Jurey adalah tidak benar. Jurey merupakan Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) dan beliau bertanggungjawab mengerakkan switch off ini melalui GAFIM segala tuduhan yang negatif terhadap beliau dianggap sebagai “mangsa keadaan” dan perkara ini dilakukan oleh pihak yang tidak suka kepada beliau.

Saudara juga melahirkan rasa kecewa kerana generasi muda tidak mengambil tahu tentang kempen switch Off. Adakah perkara ini disebabkan oleh kekeliruan tentang kempen ini ataupun memang mereka tak ambil port langsung tentang masalah yang berlaku dalam industri sekarang?

Generasi muda merasakan mereka dalam keadaan yang agak selesa. Switch off ini mengerakkan seluruh penggiat seni bagi membela dan memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka sekarang dan kepada penggiat seni yang akan datang secara keseluruhannya. Mereka akan merasainya apabila mereka tidak mempunyai pekerjaan lagi di dalam industry. Di dalam Industri kreatif Negara, ia mempunyai jangka hayatnya dan tiada jaminan hidup, malah yang paling utama mereka takut untuk menyertai kempen switch off ini secara terbuka dengan alasan ugutan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mengantung atau gam atau ban mereka.

Sebagai generasi baru (saya belajar dalam bidang filem), bagaimana kami dapat melibatkan diri dalam mana mana aktiviti yang melibatkan Seniman mahupun persatuan lain?

Sebagai generasi baru perlu mengetahui jaminan pekerjaan dalam pelajaran yang diambil. Bagi melibatkan diri dalam aktiviti yang melibatkan seniman, persatuan mempunyai twitter dan facebook bagi menyalurkan maklumat terkini kepada mereka yang berminat menyertai aktiviti seniman. Melalui kepimpinan baru saya, saya telah menubuhkan biro sukarelawan dan penajaan dan biro berkenaan di pengerusikan oleh artis popular merangkap exco seniman iaitu lisa surihani.

Pesanan ringkas kepada mereka yang masih lagi keliru tentang kempen ini

Jangan keliru dengan kempen switch off ini. Ia sebuah kempen menyokong kerajaan dan sebuah kempen menyatukan seluruh penggiat seni, pelajar seni dan rakyat Malaysia bagi tujuan kesedaran mengenai masalah industri seni. Sokongan bukan sahaja menghadiri majlis solidarity pada 11/11/14 malah boleh membuat video di youtube dan di loadkan melalui media sosial seperti facebook dan twitter juga adalah salah satu sokongan secara tidak langsung. Menukarkan logo profile atau cover kepada logo switch off juga merupakan pekara mudah bagi menunjukkan sokongan anda terhadap kempen ini yang paling mudah tutup tv 8-11 malam dan sertai kempen switch off pada 11/11/14 dan macam macam aktiviti telah di aturkan bagi menghiburkan mereka yang menyokong kempen Switch Off.

No comments:

Post a Comment