Saturday, 1 November 2014

Pemenang-pemenang Festival Filem Malaysia yang ke..ah hmmm ke 26

Komen: Anugerah Festival Filem Malaysia 26  (FFM26) yang berlangsung pada 1 november semalam berlangsung dengan hambar sekali. Aku ingatkan astro 180 ni tayang anugerah FFM yang lama untuk konon konon nak mengulek kenanganlah tapi memang yang baru ni. Set pentas yang gelap serta tak cantik. Tambahan lagi dengan pengacara utama, Fahrin Ahmad dan Fazura yang hambar dan krik krik. Lawak mereka tak menjadi dan membuatkan penonton rasa nak balik awal. nasib kali ni Fahrin Ahmad tak tersilap sebut nama orang lain. Bila tengok FFM ni teringat dengan parodi Aflin Shauki iaitu Ah ha, ala yang anugerah tu hehehe you know what i mean. Penyampai juga gagal menjalankan tugas dengan baik,sayang ada yang buat lawak tapi suasana dewan senyap je. Apapun taknak tambah dosa lagi, inilah pemenang pemenangnya...... aku tunggu orang lain ketuk pahat nanti.


Pelakon harapan Wanita terbaik-Mestilah Cristina Suzanne (Kil)
*aku dah agak dah Cint..ek Cristina Suzanne akan menang. Crissie memang banyak potensi ni.



    


Pelakon harapan Lelaki terbaik-Zul Ariffin (penanggal)
*Aku tak agak Zul Ariffin akan menang.

Mungkin Zul akan menonjol di dalam anugerah skrin pula?

Filem yang dapat Kutipan box office-hantu kak limah 2-Mon,husin dan Jin pakai toncit




Suntingan terbaik-Syamsul Yuso/Hisyam Jubri (Kl Gangster 2)
*Next buat filem gangster lagi



Lakon layar terbaik-Nik Amir (kil)
*aku dah agak Nik Amir Akan menang.Nik Amir  Banyak potensi ni.


Sinematografi terbaik-Raja Mukhriz (Penanggal)
*Jangan lupa tengok Ophilia dipawangan 18 disember nanti.


Pelakon pembantu Wanita terbaik-Umie Aida (sembunyi)
*?

Pelakon pembantu Lelaki terbaik-Rosyam Nor (KL gangster 2)

*Rosyam Nor membuktikan watak antagonisnya yang dibawa dalam KL Gangster mempunyai auranya yang tersendiri sehingga melayakan dia sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik. Jangan berhenti berlakon.

Anugerah khas juri: Filem Kolumpo,Tanda Putera dan paper moon
*Anugerah nak jaga hati


Pelakon terbaik (lelaki)- Rusdi Ramli
Tahniah kepada Rusdi Ramle kerana menang. Ingatkan Redza Minhat yang menang.

Pelakon terbaik bagi wanita – Lisa Surihani
Tahniah. Filem Istanbul Aku Datang tu aku tengok 10 kali.

Pengarah terbaik: nik Amir Mustapha (Kil)
*Tahniah kepada Nik Amir sekali lagi. Jangan lupa buat bewoh nanti.


Filem terbaik: Kil
*Tahniah kepada Nik Amir dan team Kil sekali lagi. Jangan lupa buat bewoh nanti.


Filem terbaik tapi tak pakai bahasa melayu-Paper moon
*Ingatkan Transformen 4 yang menang

Karyawan sepanjang Zaman Lelaki-Dato Hj. Rahim Razali

Karyawan sepanjang Zaman Wanita-Dato Hjh Rosnani jamil



*Dengar citer ada pengarah yang tak dijemput langsung ke acara ni. Hmmm apa nak jadi ni.

No comments:

Post a Comment