Saturday, 6 September 2014

Telemovie Private Investigato (PI)

Beto bersama Anas!!!



Penulis Skrip:Nazri M. Annuar
Pengarah: Razaisyam Rashid
pelakon:Beto,Anas,Fazdleena Hishamuddin,Tuan Tapai,aisya Hasnaa,Fauzi Nawawi,Lisdawati,Josiah Hogan dan lain lain lagi.



Sinopsis:Malam sabtu aku tak sempat nak tengok citer P.I ni sebab sibuk sangat dengan assignment. Nasib baiklah ada tonton.com.my bolehlah aku tengok kembali cerekarama ni.

Sam adalah seorang 'crime consultant' yang sangat berbakat dan sering membantu pihak berwajib dalam menyelesaikan banyak kes.

Suatu hari, dia dipanggil oleh pihak polis untuk membantu mencari klu dalam satu siri pembunuhan di KL. Akan tetapi, dia buntu dalam menyelesaikan misteri pembunuh bersiri tersebut.

Kebetulan pula, dia telah menerima satu kes penculikan anak seorang Datuk. Kes itu diselesaikan dengan mudah dan pantas. Namun, Sam kemudiannya dapat membongkar rahsia selain dari penculikan tersebut.

Komen:satu keunikan pada cerekarama kali ini pula menayangkan te;emovie bergenrekan Crime/detective pula. Kiranya sudah ada sedikit perubahan yang berlaku pada slot ini. Kalau tak silap dulu pun banyak gak telemovie yang bergenrekan sebegini namun itu dulu, malahan agak sedikit tepung dan lemau penceritaannya (kurang saspek).

Bagaimanapun Private Investigato (PI) yang diarahkan oleh pengarah muda,Razaisyam Rashid ini sedikit sebanyak menarik walaupun terdapat ruang ruang yang boleh diisi seperti mana mana siri penyiasatan/jenayah. Setidak tidaknya PI sudah pun mempunyai premis yang baik untuk disambung ke siri TV pula,itu pun kalau ada niat nak buat.

Para pelakon seperti Beto Khusyari (Sam) dan Anas (Jimmy) mempunyai Chemistry yang bagus. Suka plak tengok bagaimana mereka boleh berkerjasama seadaanya. lain lain pelakon seperti Fazdleena Hishamudin,Aisya Hasnaa,Tuan Tapai,Fauzi Nawawi,Josiah Hogan dan lain lain lagi sudah pun berjaya membawa watak yang lebih baik,yeah.

Oleh itu tidak sia sialah aku tonton PI pagi pagi buta ni sampai lupa nak buat assignment ni. Hope TV3 lebih terbuka untuk menerima kepelbagaian genre dalam telemovie mahupun drama. Rugi jika anda tidak menonton telemovie ini. Aku pun dah pening ni nak kena buat assignment lagi, demam pun dan baik baik lagi. maaflah tak berapa detail plak ulasan ini.

Nota:nak tengok pergi tonton.com.my sekarang

No comments:

Post a Comment