Tuesday, 26 August 2014

Ulasan DVD:Laut Lebih Indah Dari Bulan


Aku dah pun membaca skrip pemestasan Laut Lebih Indah Dari Bulan (LLIDB) dulu. Namun aku cuma membaca skripnya sahaja,bukan menyaksikan sendiri teater tersebut. Namun saya bernasib baik walaupun kalau kira logik menonton melalui DVD berbeza dengan menyaksikan sendiri depan mata. Aku membeli DVD ini ketika di Art For Grabs di booth merpati jingga. Selain DVD ini, aku juga membeli dvd teater lain seperti awek chuck taylor dan m butterfly. Nanti aku akan ulas dvdv itu nanti. Sebagai peminat Nam Ron, memang ini adalah sesuatu yang wajib untuk saya membuat ulasan.

LLIDB terbahagi kepada tiga segmen dan ketiga tiganya berkaitan antara satu sama lain. Ketiga tiga segmen more kepada pandangan daripada tiga individu yang berbeza. Antara pelakon yang terlibat ialah: Sharifah Amani untuk segmen pertama,Benjy untuk segmen kedua dan Sofea jane untuk segmen ketiga. Aku akan memudah ulasan dengan membuat review satu persatu.

Segmen pertama:Amani membawa peranan sebagai indah, seorang yang begitu membuat impian yang besar untuk menjadi seorang bintang namun akhirnya menjadi bintang lain. Aku akui yang aku adalah salah seorang peminat beliau dan ternyata beliau memang tidak mengecewakan dalam membawa watak Indah. Amani tahu bagaimana Indah seadaannya seperti mana yang saya terbayang bayang ketika membaca dulu. Segmen pertama adalah satu pengenalan kepada satu tragedi sebelum menjadi lebih mendalam di dalam segmen yang seterusnya.

segmen kedua: Benjy yang membawa watak Laut,yang mempunyai kaitan dengan Indah (aku tak boleh nak cerita lebih sikit takut spoiler). Dibantu dengan vanida Imran sebagai kauselor, segmen kali ini juga menarik dan berjaya menarik perhatian saya. Jelas yang Benjy dan vanida Imran tidak mengecewakan dan tak payah komen banyak banyak memang terbaik.

segmen Ketiga ; Antara feveret saya. Sofea Jane membawa peranan Bulan iaitu isteri kepada laut. segmen kali ini memberi penekanan kepada masalah yang dialami oleh isteri Laut. Isteri Laut adalah seorang isteri yang menjadi seorang isteri yang taat. Namun adakah ini sudah cukup untuk membahagiakan Bulan? Apa yang menariknya Sofea Jane bukan sahaja monolog membawa peranan Bulan malahan pelbagai watak lain yang memerlukan pertukaran tonasi dan pengerakkan. Ending yang menjawab segala segalanya.

Laut lebih Indah dari Bulan ternyata tidak mengecewakan. Sebuah naskah yang kuat dibantu dengan pelakon pelakon yang mantap. Teater ini cukup minimalist dan tidak memerlukan props yang banyak. Cukuplah sekadar para pelakon yang tahu bagaimana membawa cerita ini dengan betulnya. Cuma kurang melalui DVD ini ialah audio yang kekadang seakan hilang (part Amani) dan gerak bibir Sofea Jane agak sedikit  lari dengan suaranya. Apapun tahniah!

No comments:

Post a Comment