Sunday, 3 August 2014

Nantikan...Saloma di Astro First Eksklusif




Setelah lama ternanti, akhirnya tayangan istimewa Biopic Saloma bakal bersiar di Astro pada 28 ogos ini. Mereka diluar sana jangan ketinggalan untuk menyaksikan siri istimewa arahan Melissa Saila ini. Oleh itu nak selitkan sikit interview lama bersama Melissa Saila 9nak kata lama tu takdelah lama sangat), yang pernah disiar dalam isu 2 Gelanggang Filem.

Apa yang mendorong anda mengarah filem tentang Saloma?
Pembetulan:Ini bukan filem tapi mini siri 4 episode untuk Astro tayangan hebat eksklusif. Ibu adalah dorongan kuat saya. Dia pencetus idea menyuruh saya dan suami untuk terbitkan kisah ini.

Apa persediaan yang dibuat untuk mengarahkan siri ini tersebut?
Sebelum buat cerita ini,kami telah produksikan sebuah dokumentari berjudul "Hanya Saloma". Dari segi penyelidikan dan bahan-bahan rujukan, nampaknya menolong kami untuk menyiapkan projek saloma ini.

Adakah cerita ini dalam hitam putih?
Tidak. Ianya akan berwarna.

Kenapa Nabila di pilih untuk membawa watak Saloma?
Kami telah melakukan ujibakat tertutup untuk mencari watak ini. Nabila muncul paling sesuai dari pelbagai aspek.

Bagaimana dengan latar tempat, adakah begitu sukar untuk mencari lokasi era 50/60an?
Kami bernasib baik kerana kebanyakan lokasi yang dicari akhirnya ditemukan setelah pergi ke beberapa negeri. Akhirnya Penang menjadi lokasi utama kami untuk penyesuaian latar.

Adakah filem ini 100% berdasarkan perjalanan sebenar Seniwati Saloma ataupun ditambah sedikit Fiction?
Ini adalah sebuah cerita..dan bukan dokumentari jadi tentunya element sebuah penceritaan yang sesuai harus dipadankan.Walau bagaimana pun,ianya memang diadaptasi dari perjalanan hidup Saloma.

Siapa lagi pelakon yang terlibat?Apa watak yang mereka pegang?
Azhan Rani sebagai A R Tompel. Tony Eusoff sebagai P.Ramlee, Dian P.Ramlee sebagai Nenek Habsah, Lydiawati sebagai Ibu Umi Kalsom, Hasnul Rahmat sebagai Pak Mam, Putri Balqish sebagai Saloma kecil, Che Kem sebagai Pak Ismail, Amerul Affendi sebagai Armali, Julia Ziegler sebagai Norizan, Sharifah Amani sebagai Siput Sarawak, Sazzy Falak sebagai Mariani dan anak saya sendiri Noor Megat sebagai Mariani kecil.

Dari segi promosi, adakah akan dilakukan secara sebesar besarnya?
Itu soalan untuk Astro rasanya. Dan saya dengar mereka telah mempunyai beberapa rancangan menarik untuk projek ini.

Benarkah sebelum ini yang pengarah dari Indonesia yang sepatutnya mengarahkan filem ini ataupun itu cuma humor/gosip?
Itu perancangan awal tapi akhirnya tak jadi atas masalah jadual..

Apa yang mendorong anda untuk melibatkan diri dalam dunia pengarahan?
Saya mula mengarah pada tahun 1998. Short film saya itu berjudul Putaow vs Bakpao telah ditayangkan di Singapore International Film Festival 1999. Kemudian saya tak teruskan mengarah kerana fokus pada lakonan dan nyanyian.

Jika tidak silap karya pertama anda ialah rompakan Kabinet? right? Bagaimanakah perasaan anda bila mengarah buat kali pertama?
Rasanya telah terjawab sudah. Arahan pertama 1998. Rompakan Kabinet adalah karya commercial pertama saya. Tentunya pertama kali mengarah dulu saya nervous.Tapi actually sampai sekarang pun saya nervous tiap kali nak mengarah pada hari pertama!

kenapa filem Ikal Mayang (berat sebelah) agak ganas? ianya membuatkan saya terkejut (berserta beberapa penonton lain)
Ganas ye? hahahhaa!! Pada saya itu bukan ganas tapi itu sisi lain tentang manusia & kehidupan yang ada…yang mungkin banyak orang tak tahu…(tapi masih ganas bagi saya-ed)

Betulkan pengarah wanita di Malaysia sukar memberi cabaran berbanding pengarah lelaki
Saya rasa tidak. Cuma dari segi kuantiti kami siki,berbanding pengarah lelaki. Tapi sekarang melalui Ikal Mayang, banyak pengarah wanita telah muncul ke hadapan.

Pengarah yang memberi inspirasi kepada anda?
Quentin Tarantino,U-wei haji Saari,Martin Scorcese,Salma Makmalbaf,Alejandro Gonzalez,David O Russel,Katryn Bigelow

Projek selepas ini?
Sebuah cerita tentang hospital.

Dimana silapnya bila sesebuah filem itu gagal di pasaran?
Nak laku kena ikut selera penonton. Kalau nak lari dari safe zone memang risky. Tapi sebagai pembikin kita harus beri nafas baru dan selera baru pada penonton.


Gelanggang Filem isu 2

No comments:

Post a Comment