Sunday, 13 April 2014

Lagi dalam isu pertama:James Lee


Macam macam peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2013 ni. Bagaimana pun tahun ini juga memberi sedikit cabaran buat kita semua, termasuk pengarah yang dah lama terlibat dengan scene  filem indie dan mainstream. Jom layan interview ini.


Hello apa khabar?apa perkembangan terbaru saudara?
Sekarang saya sedang produce tiga filem pendek seram yang diarahi oleh tiga pengarah muda & baru. Akan disiarkan di YouTube pada 17 Ogos.

Oh ya, Claypot Curry Killers diharamkan di malaysia,what?
Dah dilulus, tapi disunting sampai lulus, maknanya jalan & tema cerita asli dah diubah sampai saya pun tak tahulah genre apa dah jadi.

Di antara membikin filem indiependent dan filem mainstream,mana satu yang lebih memberi kepuasan?
Pada saya, kedua-dua pun memuaskan 
sebab yang penting process membikin filem itu. Tak kira lah filem kommersial genre ataupun filem seni atau eksperimental, sebagai seorang filem maker, saya menganggap setiap projek pun ada kepuasannya.

Pada Biasanya apakah masalah yang selalu berlaku ketika mengarahfilem?
Dalam seluruh proses dari awal, saya rasa skrip/lakonlayar adalah masalah yang utama. Walaupun saya menulis skrip untuk filem sendiri tetapi bukan senang.

Adakah anda membikin filem untuk kepuasan diri?ataupun mengambil berat tentang kepuasan penonton?
Saya rasa kedua-dua pun penting. Dan kedua-dua pun boleh wujud di dalam sesebuah projek.

Adakah anda memang suka mengarah filem seram?Filem seram apakah yang menjadi kegemaran anda?
Suka, sebab filem seram mencabar dan lebih banyak menggunakan teknik-teknik filem dan cinema untuk mencapai sesesuatu mood ataupun aksi seram.

Dalam industri filem asia,adakah Malaysia bersaing antara negara negara asia yang lain?
Tidak ada saingan, sebenarnya. Filem tempatan jarang disiar di pasaran luar Negara.

Adakah kutipan yang rendah memberi tanda yang filem tersebut gagal?
Kutipan box ofis boleh lah jadi tanda gagal/Berjaya dari segi kommersial dan bisnes sahaja.

Adakah anda setuju dengan pendapat sesetengah pengarah senior yang menyoalkan pengarah pengarah muda (gambar artikel dibawah,dipetik dari metro ahad 16jun)
Tak baca artikel, so tak boleh lah komen.

Apakah pendapat anda tentang production filem yang lebih mementingkan keuntungan semata mata (macam MIG,kejam sungguh aku tak tapis langsung-ed )
Tak salah pun jikalau sesebuah production company mementingkan keuntungan tapi saya rasa kalau nak menjual satu filem untuk keuntungan, filem itu mesti lah ada kualiti janganlah kualiti sampai teruk dari Tele-movie.

Apakah pendapat anda tentang term "filem malaysia"? adakah filem tersebut perlu berbahasa melayu ataupun terdapat scene scene menara KLCC?
“Filem Malaysia” – pengarah, Head of Dept setiap unit dan pekrja produksi tempatan, dah anggaplah “Filem Malaysia”, pelakon tak payah pun mesti tempatan, bahasa pun, sebagai contoh, Michelle Yeoh berlakon dalam filem James Bond, adakah itu dikategorikan filem tempatan? Vikingdom bolehlah dikategorikan Filem

Malaysia walaupun ia berbahasa Ingerris dan pelakon semua dari luar negara.

Selalu terbaca komen komen dalam internet tentang pembikin filem tidak mempertarbatkan budaya tempatan? komen saudara?

Sebenarnya saya rasa kebanyakkan penonton sekarang terutamanya generasi muda tak peduli budaya tempatan, dalam dunia globalisasi dan internet, budaya sesebuah Negara dah tak penting, yang penting ialah story ataupun mash-up adaptasi. Kalau penonton nak tengok budaya boleh lah tengok kat National Geographic ataupun History Channel. Kalau pembikn filem yang mementingkan budaya buatlah dokumentari. Kalau nak buat filem cereka dengan tema budaya, dari segi kommersial pun susah nak memasarkan, contohnya nak buat filem tarian singa, market Cina. Nak buat filem Wayang Kulit, market Melayu. Buat filem jenis Avengers, market = international. Kena ingat filem genre Hollywood hanya memaparkan budaya Hollywood, tak semestipun memaparkan budaya Amerika yang benar.

Sekarang filem filem terbaru boleh ditonton di youtube,apa pendapat saudara tentang senario ini?
Producer-prodcuer tu kena lah rajin melaporkan kepada YouTubelah, bukannya YouTube tak melayan pun. 
Sekarang YouTube dah memasuki monetizing stage dan mengeluarkan content original so mereka memang sensitive dengan isu-isu copyright. 

Tayangan dua filem serentak memberi kesan negatif,anda setuju?
Yalah, over supply lah ini. Lagipun oversupply dengan filem yang tak bermutu. Cuba fikir, RM10 untuk sebuah filem tempatan yang :

a) mungkin tak bagus 
b) tak ada quality produksi 
c) macam TV takde efeks khas yang besar, tapi untuk harga yang sama next door Man of         Steel ataupun Pacific Rim.

soalan simple
Apakah hobi anda?
Sekarng sedang mempelajari seni bela Brazilian Jujitsu. So inlah hobi saya at the moment

jika anda bukan pengarah, sekarang anda adalah....
Penulis novel ataupun ahli special force Navy Seals (fuyooo-ed)

Berikan kata kata nasihat kepada remaja yang bercita cita ingin menjadi pengarah?
Sebelum jadi pengarah mula-lah dari PA, ataupun teknikal krew dan fahamilah setiap process dan tugas setiap department & unit, bila jadi pengarah barulah tahu ataupun faham macamana nak mengendalikan seluruh team.

Saksikan short filem terbarunya, Second life di youtbe


No comments:

Post a Comment