Friday, 11 April 2014

Isu Pertama :OSMAN ALI


Istimewaan untuk isu pertama ini, saya telah menemuramah seorang pengarah yang berjaya menghasilkan filem pecah panggung (Ombak Rindu )iaitu Saudara Osman Ali. Sedikit soalan yang simple yang berjaya dijawab dengan jaya oleh saudara Osman Ali. Oleh itu jom kita layan Interview kali ini


Bagaimana saudara mendapat idea untuk menghasilkan Jwanita?
Jwanita di hasilkan berdasarkan inspirasi dari kisah kisah benar tentang pembunuhan yang dilakukan oleh manusia yang bermasalah psikologi di malaysia dan di luar negara yang mempunyai hubungkait dnegan elelment supernatural.

Filem Jwanita ni bergenrekan apa?
Filem ini bergenrekan "psiko thriller horror"

Berapakah budget penghasilan Jwanita?
Bajet sekitar rm 1 juta sahaja tidak termasuk kost promosi dan distributiin.

Sekali lagi Maya Karim berlakon dalam filem saudara? kenapa?
Selagi kami masih ada hubungan chemistry untuk bekerjasama serta kebetulan watak ini sememangnya ditulis untuk maya karin kerana saya mahu break character Maya selain dari sering bawa watak baik, saya mencabarnya membawa watak hitam yang kejam.
Filem Jwanita juga mempertaruhkan pelakon baru iaitu Cristina Suzanne?Apakah pontesi yang saudara nampak pada cristina suzanne?


Cristina suzanne seorang pelakon yang amat mudah dibentuk dan memberikan kerjasama. Dia seorang pelakon yang telus dan ikhlas dalam melakukan sesuatu watak. Ketelusan keperibadiannya membuatkan saya senang bekerjasama degannya selain dari bakat yang terbuka untuk diperkembangkan.

Adakah saudara mengharapkan Jwanita Akan box office seperti Ombak rindu?Adakah selepas kejayaan hebat ombak rindu telah memberi sesikit tekanan kepada saudara untuk menghasilkan filem?
Saya sering mengharapkan semua filem saya mendapat kejayaan yang cemerlang walaupun tidak seperti ombak rindu tetapi sekurang-kurangnya ianya mencapai kutipan yang menguntungkan. Tekanan tidak wujud kerana saya berpegang kepada kepercayaan, rezeki di tangan Allah....yang penting penerbit filem harus berusaha melakukan promosi seperti mana dilakukan oleh Ombak Rindu jika mahukan jualan yang hebat.

Dan kenapa tajuk filem terbaru saudara Jwanita? Bagi saya nama tu agak pelik
Jwanita sebenarnya satu nama yang kurang biasa di kalanagan org melayu. Ikut sebutannya adalah JUANITA. Insyaallah tajuk JWANITA "a devil on her head" akan kekal jika tiada sebarang halangan.

Filem filem kegemaran saudara?
Filem-filem kegemaran saya kebanyakannya bergenrekan drama & romantic comedy serta mystery seperti Three Idiots, Dr Zhivago, Vertigo, and banyanyak lagi...

Adakah dalam Jwanita akan ada twist atau ending yang tak dijangka?
Jwanita ada jalan cerita yang linear dan mudah difahami..tidak mengkelirukan. Endingnya ada sedikit kejutan...
Apakah harapan saudara untuk Jwanita?
Harapan semoga filem ini menjadi sebuah naskah yang boleh kita semua banggakan dalam arkib perfileman negara.
P.S:Sekarang abang Osman Ali tengah sibuk mengarahkan filem Sinaran di Singapore. Nantikan Jwanita di pawagan nanti :)






No comments:

Post a Comment