Saturday, 12 April 2014

Isu Pertama GFzine : Mamat Khalid


Saya cukup bertuah dapat menemuramah seorang pengarah yang cukup saya hormati iaitu abang Mamat Khalid. Setiap filem sudah saya hafat dan kalau korang tanya apa apa pasal beliau, saya jamin semua soalan korang senang saya jawab. Jom layan


Assalamulaikum abang mamat Khalids,sedang sibuk dengan projek apa sekarang?
Membaiki bumbung  rumah sudah 6 bulan bocor tak repair-repair  lagi .

Boleh cerita sesikit tak tentang diri abang?
takda banyak cerita diri abang ni. Just a normal guy.

Tahun ini saja Banyak filem filem abang yang bakal ditayangkan,apa perasaan abang?
Lega sebab filem filem tu mengambil masa agak lama untuk disiapkan.

Tentang Rock oo dan husin, mon dan jin pakai toncit,boleh cerita sesikit tentang perjalanan penghasilan 2 buah filem tersebut?
filem Husin,mon dan jin pakai toncit ni abang hasilkan semasa filem hantu kak limah baru habis ditayangkan di pawagam. Semangatnya agak tinggi dan penggambarannya agak rumit kerana kali ini filem abang lebih menuju ke arah penceritaan yang menggunakan kaedah CGI.
Filem rock oo pula adalah sebuah naskah yang abang buat sebaik sahaja filem rock yang pertama itu berada di pawagam. Banyak lagi cerita yang abang ingin sampaikan menerusi watak watak dan timeline ketika zaman rock kapak itu melanda .
Dalam Rock oo ,terdapat watak lineup SYJ, adakah abang begitu meminat SYJ?
Ya mereka ok.

Adakah Rock 00 adalah sekuel filem rock?kenapa kali ini tiada pelakon Hasnul Rahmat?
rock oo adalah cerita di dalam cerita filem rock. cerita kali ini berlaku ketika semasa Zek watak yang dilakunkan oleh hasnul rahmat itu sudah bersara dari bermain musik dan mula berkerja di pejabat pos. plot cerita berkisar kepada  survival the rest of the group rimba bara.

Filem hantu kak limah balik rumah begitu memberi impak yang besar kepada penonton,adakah abang berharap filem husin, mon dan jin pakai toncit juga bakal mengulangi kejayaan filem hantu kak limah?
filem hmdjpt ini mempunyai kekuatannya yang tersendiri menjanjikan kepuasan penonton yang mencari hiburan. Ianya stands alone dan tidak harus mengulangi peristiwa kak limah untuk berjaya.  Harapan abang itu.
Kenapa tajuk filem lebuhraya ke neraka ditukar tajuk kpd rentaz?
Ianya ditukar ketika penggambaran atas sebab-sebab sekuriti minda anggota produksi yang agak gusar dengan tajuk yang agak keras ketika membuat penggambaran di dalam suasana yang kebanyakkannya seram dan membahayakan keselamatan.
Banyak yang perhatikan dalam filem abang mesti ada saja lagu lagu lama macam soley-soley ,Beatles, Elton John dan lain lain,adakah abang begitu meminati lagu lagu lama? Macam mana dengan lagu lagu baru?
Lagu-lagu itu adalah sebahagian dari journey hidup abang.  Journey yang abang rasa indah dan gembira apabila melaluinya. Dengan meletakkan lagu-lagu tersebut di dalam adegan-adengan yang terpilih, abang harap penonton dapat rasakan keseronokkan yang sama ketika abang mendengarnya.  Lagu baru ok cuma abang akan lebih mendengarnya bila ianya sudah menjadi klasik
Apa pendapat abang tentang filem filem tempatan sekarang?
Banyak filem bermakna penonton akan mendapat banyak pilihan. Which is good. Pembikin filem pun harus competitive apabila penonton sudah mula mempunyai pilihan.

Boleh ceritakan sesikit tentang filem Apokalis,jika tidak silap dulu abang pernah berkata abang tak suka filem berbentuk CGI?
Apokalips adalah sebuah filem ala mangga yang sangat abang sayangi. Suara dan imejnya amat remaja. Undang-undangnya tiada batasan. Abang suka itu.
Abang  suka filem berbentuk CGI. Ianya adalah satu medium penceritaan yang jauh jarak visualnya. Cuma kita harus faham adakah sesebuah filem itu memerlukan CGI untuk penceritaan atau sebaliknya mahu bercerita mengenai CGI?  Theres a big differ there.

kenapa memilih shuib sepah dan syuk balas dalam filem Amir & Lokman Pergi Ke Laut ?
Sebab abang rasa kedua-duanya mempunyai rupa dan gaya budak yang cara hidup mereka hanyut ke laut. Namun mereka berdua adalah ahli komedi yang abang kagumi.

Siapakah idola abang?
Jiran abang, Din Ketor.

Pesanan abang untuk pembaca?
jom menonton filem di pawagam kerana apabila anda berhenti menonton, shuib dan syuk tak dapat turun ke laut dah.
Tentang zombie kilang biskut,adakah filem ini ada kena mengena dengan filem zombie kampung pisang?
seperti filem hmdjpt dengan filem hantu kak limah, setiap filem abang cuba garapkan seindividu yang boleh untuk memastikan setiap satu itu terus segar dan menghiburkan.

kata kata terakhir?
Rock oo!

Masih dipawagan!
 




No comments:

Post a Comment