Friday, 11 April 2014

Flash back Isu pertama

Kalau difikirkan balik blog aku ni dah lama tak update sejak aku rilis zine aku isu pertama ni. Mungkin sebab aku fikir dah ada zine ni tak payahlah nak tulis tulis dalam blog lagi. Namun kesian plak aku tengok blog aku ni dah jadi macam anak tiri pula aku buat. Apapun aku nak flashback macam mana isu satu ni berjaya juga direalitasikan selepas hampir 3 tahun tergendala (Start nak buat pada tahun 2010 lagi,hahaha)

Segala isi dalam zine tu dah berusia dalam 2 tahun (Paling lama interview Saw teong Hin (2012),paling baru interview Mamat Khalid (bulan jun 2013). So kiranya teruk jugalah aku ni sebab lambat rilis zine ni ek. Pada perkiraannya aku nak buat full color untuk zine ni namun selepas tengok harganya yang masyallah mahal,kira cancel teruslah. Padahal zine tak siap lagi hehehe.

Namun masa cuti hujung tahun 2013 aku gagahkan juga untuk siapkan zine ni. Sampai pagi aku edit edit zine ni sampailah siap. Lalu aku cubalah fikir pasal harganya plak. Aku letak rm5 ajelah,harga mampu milik. kalau zine puisi tulis 2 3 kerat ayat pun sampai rm5 walaupun nipis,apasal zine aku tak boleh plak. Ini bukan soal keuntungan semata mata cuma kalau boleh berbaloilah kalau orang nak beli.

Siap sudah masterpice ni,aku terus nak photostep. Aku mulalah suruhlah photostep satu salinan dulu dan hasilnya cover tak cantik. Muka Cantik dan jelita Cristina Suzanne tak jelas plak. Last last aku buat keputusan nak buat color buat puas hati. Kalau cover ni muka Mamat Khalid atau James Lee memang aku tak tukar dah ,hahahaha.

Ni kiranya masalah atas dah settle dah,ni nak jual. Alhamdullilah sekarang ni dah dalam 150 salinan(sehingga bulan april ini) aku dah jual,tak kira lagi yang distro atau orang jual lagi. Kiranya oklah sebab aku bukan target nak jual sampai 100 lebih. Haritu sampai bagi hadiah pada pembeli yang ke 100. gembira sangat tu. nanti aku cerita plak pengalaman aku interview dan sebagainya untuk isu pertama ni dan kemudiaannya pasal kemelut isu kedua pula.harap bersabar ye sebab dah lama tak menulis blog ni,hahahaha

Promo sikit isu baru

No comments:

Post a Comment