Thursday, 10 April 2014

CRISTINA SUZANNE STOCKSTILL (interview dalam GF isu 1)


Pada tahun 2013, kemunculan Cristina Suzanne (atau nama manjanya Crissie) telah berjaya memcuri hati para peminat filem tempatan melalui debut pertama iaitu Kil. Selepas itu nama Cristina Suzanne mula disebut sebut bakal menjadi primadona filem tempatan. Saya Xrantarox Farid melaporkan Interview khas bersama Cristina Suzanne.

Assalamualaikum Cristina,selamat hari jadi.Tengah buat pe tu (iv dibuat pada 22 Januari tahun 2013)?
Thank you awok, tengah buat apa ? (Memasak untuk kucing kucing saya -ED) Saya sedang layan Illustrator
Apa cerita terbaru Cristina?
Tahun 2012 punya projek- projek dah clear, cuma tak online / belum disiarkan lagi . Tahun ni pulak Cris tengah Prep untuk Tele " 90 Hari Mencari Cinta" Arahan Megat Shahrizal. KIL Arahan Nik Amir, Jwanita Arahan Osman ALi. InsyAllah tahun ni release. Terjebak pulak dengan beberapa short film dari student Aswara dan kak Sofia Jane (Datin Sofia Jane) dan juga teater "ramlee Festasi" nak restage bulan tiga ni. (sorilah pembaca,interview ni dah lama buat-ed)
Boleh cerita sesikit sebanyak tentang diri awak?
Cris orang yang simple simple je, suka makan nasi, main basikal, jalan jalan pergi tepi laut.. ha itulah Cristina Suzanne

Macam mana boleh terjun dalam bidang lakonan ni?
Pilih Kasih. Terima kasih abang Rosyam Noor!

Ada belajar dari mana mana kelas lakonan tak?
Sekarang ni Cris tengah polish lakonan dengan Revolusion Stage.

Siapakah idola awak?
Mami lah

Cristina Suzanne cukup meminati Al Pacino ? kenapa ?
Sebab dia banyak yang takde kat pelakon lain
Apa perasaan cristina bila osman Ali memilih cristina sebagai teraju utama filem Jwanita?
ALHAMDULILLAH (Capslock tu) (hahaha-ed)
Ada tekanan tak bila dipilih menjadi watak utama dalam filem KIL dan Jwanita?
Semua kerja ada tekanan dia sendiri tapi kita layan dia as "kerja, and it comes with a job" so benda tu tak wujud kut...hihi
Mengenai Projek Pop,bila saya tengok cristina begitu sesuai dengan watak alis, adakah itu memang diri Cristina?
Hmm itu 20% dari watak Cris sendiri hehehe (Part yang mana? Rahsia) hahahaha (alah tu pun nak rahsia ke,sharelah sama pembaca ni-ed)

Apakah impian cristina?
Selalu stanby dengan plan B sebab plan A Allah swt yang uruskan
Apa jenis muzik yang Cristina suka?minat pink Flody tak?
Jazz Blues classical and indie. Pink Floyd suka (Shine on me Crazy Diamond) (cayalah-ed)

Makanan kegemaran?
Lauk kampong (tu je?-ed)

Selalu cuti ke luar negara?tempat apa yang selalu cristina Lawati?
luar negara tu kuranglah, selalunya kalau nak cuti balik kampung je

Filem kegemaran cristina?
Cinema Paradiso

Apa jenis watak yang ingin sangat cristina lakonkan?
Tak terfikir lagi. Biar dulu hehehe

Cristina suka kucing tak? Cer citer sikit
Suka la. ada kucing nama Kiwi (8kg) (Berat giler ,ni mesti atuk kucing–ED)
Apa pendapat cristina tentang filem my indie rock darling?
kita tak reti review film. so far cris suka sebab kerja dengan kawan kawan vibe pun best so kerja pun jadi best. walaupun kerja dengan kawan kawan tapi respect time kerja tu still ada (lagipun kita 5 minit je dalam tu) hahahaha.

Bagaimana Cristina mendalami watak yang Cristina bawa?
ahahahahahahahahaha tak suka jawab yang ni . (hahaha-ed)

Jika diberi peluang,siapa pelakon antarabangsa yang ingin Cristina berlakon bersama(biar saya jawab Al Pacino
betul dan setuju. Anda memang genius!(tenkiu :)
Macam mana boleh terlibat dengan teater Ramlee festasi?
sebab masa kat pilih kasih abang wan pernah mengajar cris teater. Connection tu masih wujud
Apa Cristina faham tentang dunia artis ni?
Dunia "artis" eh? Hmmm Kerja, kena kuat mental.
Adakah gosip penting untuk artis?
Lain orang lain style

Agak-agaknya bila Kil boleh ditayang?asyik tangguh je
InsyaAllah tahun ni (Dah ditayangkan pun-ed) . Orang bersabar selalunya dapat pahala hahahaha

Selain belakon,apa lagi bakat yang cristina ada?menyanyi? Buat lawak?
buat lawak bodoh kut hahahahahah (tak tau la orang tu rasa kelakar ke tak)
(saya rasa kelakor,hahaha-)

Cristina juga yang saya kenal juga pandai melukis,kenapa melukis?minat?
Hobi, sebab kita tak reti menulis. "im no Pablo Picasso" lukis je la apa yang kita mampu

Agak-agaknya jenis komik apa yang nak sangat cristina buat?
apa yang kita tengok apa yang kita rasa

Pelukis kegemaran cristina?
Edward Monkton (dia bukan pelukis pro pun tapi suka doodle dia)
Apa pendapat cristina tentang filem malaysia hari ini?
Anda pernah tengok Youtube "listen listen listen?" lebih kurang begitulah tapi kes lain(tak faham-ed)

Watak yang agak sukar bagi cristina?
taknak wujud kan apa yang "sukar" tak best.

Memandangkan esok ialah hari jadi awak (22 Januari),apakah hadiah yang awak nak sangat? banglo?tandatangan Al pacino atau apa?
Kebahagiaan pun dah cukup.

Apakah harapan Cristina untuk tahun 2013?
strong!

kata kata akhir?
Thank you kepada bro Farid kerana terfikir nak bagi soalan ni kat saya. Kita ni bukan lah star besar mana pun hahahahahha .
P:s:Thank gak buat Cristina sebab sudi jawab soalan saya. Nanti kalau sempat saya belanja awak (ikut bajet yang bersesuai). Untuk info terbaru pasal Cristina Suzanne, bolehlah follow di twitter. Dan terbaru beliau terlibat dalam filem CEO arahan Razaisyam (muka macam Ajai). Nanti aku interview pengarah muda tu pula.

Antara filem lakonan Crissie














No comments:

Post a Comment