Monday, 28 October 2013

KL Gangster 2:Hmmmm.....



Pada tahun 2011 , Pengarah muda yang berbakat besar (besar ke?) Syamsul Yusof telah berjaya mengempakkan industry filem tempatan dengan kejayaan KL gangster yang menjaya mencapai kutipan kotak pejabat sebanyak hamper 12juta. Kejayaan ini adalah factor utama kenapa si Syamsul Yusof beria ria sangat nak buat lagi filem KL Gangster ni iaitu KL Gangster 2.

Bermula dari idea sehingga abis kerja penggambaraan, Syamsul boleh berbanggalah sebab KL Gangster lebih gempak dengan aksi lawan-lawan yang kaw kaw,kereta banyak meletup,serta kemajuan Soffi Jikan dalam berpantun.

Namun disangka panas tenghari namun hujan juga turun, KL gangster 2 dah bocor dulu. Apa yang merisaukan saya macamlah filem yang belum tayang ni boleh didownload dekat internet plak,Kalau Avengers 2 tu takpelah gak ni Kl Gangster. Oleh sebab perkara inilah yang menyebabkan Syamsul merajuk. (Dikhabarkan beliau berkurung dalam bilik tak keluar langsung)

Dahlah kita kembali untuk mereview filem Kl Gangster 2,Apa yang aku boleh simpulkan ialah filem kedua ni (atau lebih tepat presekualiti) tak banyak beza dengan filem pertama,tiada perkembangan.Walaupun menjanjikan aksi yang lebih gila baba (memang serius yang ni lebih dahsyat) namun filem ni tak lebih sekadar filem gangster picisan yang mungkin akan dilupakan 5 tahun nanti.

Malahan lagi teruk bila aku tengok lakonan Zizan kali ni seperti tidak membantu langsung dan tak kelakar,ok plak dia dalam filem pertama. Mungkin Si Syamsul dah tak tahu nak letak dekat mana watak mamat ni.Si Soffi Jikan juga mengecewakan,tak menjadi wataknya.Kalau aaron Aziz tu oklah mungkin sebab selepas menjadi duta produk magi,beliau semakin bertenaga.Rosyam Nor ni Psiko melampau,apa tak kena dengan dia ni? Bagaimana pula dengan lakonan pengarahnya sendiri iaitu Syamsul?Hmmm malas aku nak komen.

Timbul pula dengan isu klassifiklasi (ni pun sebab Sharifah Amani mengamuk dekat twitter) dimana filem mendapat 13PG walaupun hakikat filem ni memang giler baba ganas dan ada unsur seks. LPF ni buat kerja ke tak?Macam mana kalau ade budak umur 6 tahun tengok citer ni,kalau terpengaruh macam mana?Teringat saya akan iklan PSA kartun 3d tak menjadi buatan malaysia pasal  isu DVD yang tidak ditapis. Ala pak cik tua yang ada misai macam hitler tu. Bukan main main marah lagi pak cik tu dengan penjual DVD haram.Mungkin sekarang dia sedang beli DVD ori KL gangster 2 untuk anaknya.

Idea puak/Clan gangster yang buat hal dengan puak gangster lain sebenarnya menarik.Isu ini boleh di samakan dengan politik tempatan. Bagaimana sesame melayu bergaduh sesame sendiri untuk kuasa/kawasan jajahan. Aku tak tahulah apasal gangster gangster dalam filem ni macam takde kerja lain ke asyik nak bergaduh je.Lain menyedihkan bila menjumpa mesti borak lama-lama,adakah gangster Malaysia macam ni?

Apapun filem ni masih boleh ditonton lagi,malahan masih baik berbanding filem filem gangster lemau cap baba di luar sana. Mungkin Syamsul patut keluar dari Zon selesanya dan membuat transformasi berani sikit. Kau bukan tak boleh berjaya bro tapi kau tu mudah kecewa.Aku memberi 3 bintang untuk filem . Harap Syamsul tak merajuk plak dengar aku membebel sorang sorang disini.


P/s:Aku pening kepalalah bila part gangster2 tu bercakap cakap sesame mereka.Bila nak bergaduh pun tak tau.

No comments:

Post a Comment