Friday, 14 June 2013

Pemestasan Teater:SUDIRMANIA

lokasi:Menara MARA, Jalan TAR, Kuala Lumpur
PROJEK BB'S BACK WITH sudirMANIA! 

26, 27, 28, 29 dan 30 Jun ; 8.30 mlm
29 Jun ; 3.00 ptg & 8.30 mlm.
di MORNE ART GALLERY, TINGKAT 10, MENARA MARA, JALAN TAR, KUALA LUMPUR

"..biarkan aku hidup dalam nostalgia, hanya dengan itu aku bahagia..."

SINOPSIS
Berlatarkan tahun 80-an, mengisahkan tentang beberapa kumpulan remaja dari latar kampung, bandar dan pinggir bandar yang terlalu meminati Sudirman dan ingin pergi ke Konsert Gergasi Sudirman di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. Ramlan merupakan pemuda dari kampung bersama-sama rakan-rakannya sudah bernekad mengumpulkan duit bagi tambang mereka ke Kuala Lumpur, walaupun tidak di izinkan keluarga masing-masing. Maya merupakan anak gadis orang kaya yang juga akan hadir ke konsert gergaji tersebut yang ditemani Osman dan kumpulannya bagi menjaga keselamatannya. Pelbagai halangan dan dugaan semasa persediaan mereka untuk ke konsert Sudiman itu. Akhirnya mereka berjaya, dan melalui malam yang begitu indah. Dalam masa perjalanan persembahan itu berlangsung, Basir, Din dan Mael adalah remaja yang tinggal di kawasan Chow Kit merasakan konsert itu satu cerobohan dan mengganggu mereka membuat aktiviti telah cuba mengganggu beberapa penonton di situ. Ramlan telah ternampak Maya dan terjatuh hati dengan Maya. Semenjak pertemuan di konsert itu, berlaku pelbagai kejadian suka dan duka.

*Pementasan dalam Bahasa Melayu

PENGURUS PRODUKSI
Sherry Al-Hadad
Tisha Shahar

ARAHAN DAN KARYA
Khairunazwan Rodzy

DIBINTANGI OLEH
Projek BB, Kirin Muhamad dari Pelangi Chenta dan Intan Nor Saina

Tiket berharga: RM25 (fixed)

Untuk pembelian awal & maklumat pementasan sila hubungi:

A.A - 017 98232372
N.A - 010 760 3101

Revolution Stage
Twt : @revolutionstage
#SudirMANIA
Instg :@revolutionstage
#SudirMANIA
FB : Revolution Stage
Keek : Revolutionstage
Emel : stagerevolution@gmail.com
revolution-stage@blogspot.com

No comments:

Post a Comment